Tuesday, June 20, 2017

PAMERAN GPTD SEMPENA TN50













20/06/2017, GPTD diberi peluang untuk membuka pameran di Institut Pendidikan Guru (IPG) Bangi sempena Dialog TN50.



Meriah sungguh sambutannya! Terima kasih kepada semua yang singgah di pameran kami. 











Sunday, June 18, 2017

GPTD Ke Bengkel Fund Raising









Pada 18/06/2017, GPTD telah dijemput oleh Future Global Islamic Network (FGIN) untuk menyertai Bengkel Fund Raising yang dianjurkan mereka. 

Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi memberikan kemahiran mencari dana bagi organisasi bukan berasaskan keuntungan (non-profit organisation, seperti GPTD). 

Sungguh, latihan Fund Raising berasaskan 4W's 1H yang diberikan oleh Puan Caroline Gaal merangkap Konsultan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) amat luarbiasa.

Harapan kami agar selepas ini isu/masalah dana bagi sesebuah organisasi bersifat non-profit dapat diselesaikan dengan berkhemah. Aameen.

Saturday, June 17, 2017

JEMPUTAN KE MAJLIS KULIAH RAMADHAN DAN IFTAR RAMADHAN








Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke kuliah Ramadhan serta Majlis Iftar GPTD yang akan bermula jam 6.00 petang ini di Lantai Tiga GPTD.
.
Kuliah berjudul Kembara Ramadhan Ibn Battuta akan disampaikan oleh penterjemah buku "Rihlah Ibn Battuta" iaitu Dr. Syed Nurulakla.
.
Buat mereka yang tidak dapat hadir boleh tonton secara live di FB Live GPTD petang ini.

Thursday, June 15, 2017

Berakhirnya Bengkel Pengurusan Projek (GISO)





Maka berakhirlah Bengkel Pengurusan Projek Global Islamic Student Outreach (GISO) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berlangsung selama dua hari.

Komitmen yang diberikan oleh para pelajar grup 'Road to Japan' (R2J) sepanjang bengkel berlangsung wajar diberi penghargaan. 

Antara sebabnya adalah mereka sendiri yang mengambil inisiatif untuk mengundang GPTD ke sini. Ditambah pula mereka hanyalah pelajar tahun pertama dan sudah punya kesedaran mengurus projek secara serius.

Kami mendoakan agar misi mereka ke Jepun berjaya pada tahun 2019 ini! 



Wednesday, June 14, 2017

BENGKEL INSENTIF PENGURUSAN PROJEK (GISO)


14/06/2017, kami mula berkampung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi mengendalikan Bengkel Intensif Pengurusan Projek Global Islamic Student Outreach (GISO).
Para pelajar telah diberi amanat oleh pihak universiti untuk menganjurkan projek luar negara dan mereka telah memilih GPTD sebagai jurulatih mereka.
Walaupun mereka berpuasa, namun semangat dan perhatian yang ditunjukkan dari pagi hingga malam hari amat memberangsangkan!



Jika anda berminat untuk mengikuti bengkel seperti ini, boleh hubungi/whatsapp hotline GPTD di +60178966649

Tuesday, June 13, 2017

INFO & TIPS (INTIP) - TIPS KEMBARA

TUALA MANDIAN KECIL




Tuala bagaimana yang sesuai untuk dibawa ketika ‘travel’?

Kebiasaan tuala mandi yang kita pakai di rumah adalah bersaiz besar kerana lebih selesa untuk dipakai. Namun, saiznya yang besar akan mengambil ruang beg yang banyak sehingga 1/3 ruangan. Oleh itu, tuala mandi yang bersaiz kecil adalah sangat sesuai untuk dibawa ketika mengembara. Ia dapat membantu kita menjimatkan ruang beg dan beg juga menjadi ringan.

Selain itu, tuala jenis fabrik mikrofiber juga sesuai untuk dibawa ketika mengembara. Hal ini kerana fabrik mikrofiber mempunyai kuasa serapan air yang sangat baik. Jadi, kita tiada masalah untuk mengelap badan kita yang basah selepas mandi sehingga kering.

Monday, June 12, 2017

SALAM NUZUL QURAN 1438H



Bersempena Nuzul Quran pada hari ini, marilah kita bersama menghiasi Ramadhan pada kali ini dengan amalan 4M:


Membaca al-Quran
Memahami al-Quran
Mentadabbur al-Quran
Mengamalkan al-Quran

Ambil manfaat dan pedoman sebanyaknya dari Kalam Suci ini. Jadikanlah bulan yang penuh keberkatan ini sebagai bulan untuk kita memaknai hidup dengan Al-Quran.

Sunday, June 11, 2017

GPTD INFAQ RAMADHAN 1438H







Bersempena dengan Ramadhan tahun ini, kami membuka kembali tabung Infaq Ramadhan kepada individu atau organisasi yang berminat untuk menyumbang.

Sumbangan anda dikhususkan untuk membiayai kos operasi GPTD, membiayai aktiviti pendidikan dan latihan yang akan dijalankan dan juga membiayai elaun petugas-petugas yang menggerakkan program dan aktiviti GPTD.

Tabung infaq ini hanya akan dibuka sepanjang bulan Ramadhan sahaja. Oleh itu, ambillah peluang ini untuk menggandakan pahala di bulan yang mulia ini.

Untuk menyumbang, salurkan kepada:


i) Akaun Rasmi GPTD, CIMB Bank 8600531314
ii) Laman web https://www.billplz.com/infaqgptd
iii) Atau boleh hadir secara terus ke pejabat kami pada hari bekerja (9.00 pagi - 6.00 petang)
.
Untuk pertanyaan lanjut, klik http://GPTD.wasap.my
.
Semoga kita menjadi hambaNya yang bertaqwa.