Wednesday, April 26, 2006

Social Service


April 26, 2006 - Setapak - Islamic Outreach ABIM (IOA) Exco and GPTD Chairman, Brother Jufitri Joha delivered an aid comprised of money amounted to RM 550.00 and goods to Madam Rahimah Binti Hj Sulaiman. Thus, this aid was delivered in order to reduce the burden of her daily expanses. Besides that, her husband disable to earn enough daily income by selling beverage. Furthermore, 5 of her children are suffering chronic disease especially one of his son suffered Hidrocaplus (kepala berair). Also present journalist from Majalah Mingguan Wanita, Brother Khairudin; GPTD Coordinator, Brother Hakim; GPTD Exco and Brother Noryzal;GPTD Activist.

GPTD activists are trained to serve the community through IOA before reach out at the international level.

Monday, April 24, 2006

Peristiwa Menarik GPTD Minggu Ini



23 April 2006 - Pulau Ketam, Selangor - Islamic Outreach ABIM (IOA) dengan kerjasama GPTD telah berjaya melaksanakan Misi Ukhuwwah ke Pulau Ketam. Seramai 17 orang penggerak dari GPTD, GPM, ABIM dan PKPIM yang diketuai oleh saudara Abdul Hakim Shahbuddin, Exco GPTD terlibat dalam misi ini. Tujuan utama misi ini adalah untuk menyambungkan ruh persaudaraan Islam antara umat Islam tanah besar dengan masyarakat minoriti Cina Muslim Pulau Ketam. Perjalanan dari Pelabuhan Kelang ke Pulau Ketam mengambil masa 30 minit menaiki feri laju. Beberapa siri ziarah dilakukan kepada warga emas Cina Muslim yang hidup terpinggir dan sejumlah kecil sumbangan telah diserahkan kepada mereka sebagai tanda keprihatinan. Penduduk Cina Muslim mengharapkan agar pihak IOA dan GPTD akan datang lagi menziarahi mereka pada masa akan datang.

Sementera itu saudara Penyelaras GPTD, Mohd Khairudin Mohd Nor telah menyampaikan taklimat GPTD di Sekolah Menengah Arab JAIM Al-Ahmadi di Sungai Udang, Melaka.



22 April 2006 - Shah Alam - Satu Ceramah Iktibar Dari Sejarah Turki Uthmaniyyah dan Andalus telah dianjurkan oleh GPTD di Masjid Hidayah Seksyen 18. Ceramah telah disampaikan oleh 2 tokoh utama GPTD iaitu saudara Najmuddin Mohd NAwi, Ketua GPTD Turki-Asia Tengah dan saudara Jufitri Joha, Ketua GPTD Sepanyol-Asia Tengah. Ceramah turut dihadiri oleh pelajar-pelajar persediaan ke luar negara (INTEC) dan jemaah masjid.

Sementara itu saudara Noryzal Zainal Abidin, Aktivis GPTD telah menyampaikan ceramah Maulidurasul di Surau Ansar Sunnah di Bandar Manjalara kepada remaja di situ.



21 April 2006 - PWTC - Satu pertemuan mahabbah bersama novelis terkenal saudara Faisal Tehrani telah diadakan di kediaman beliau berhampiran PWTC. Pertemuan ini diaturkan atas permintaan saudara Faisal Tehrani untuk bertemu dengan saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD. Kunjungan yang turut disertai oleh saudara Mujahed, Ketua GPTD Uzbekistan ini telah disambut dengan penuh mesra dan disajikan dengan pelbagai idea-idea dan ilmu-ilmu yang menarik daripada beliau terutamanya pengalaman beliau membawa diri ke Turki selama setahun. Saudara Faisal turut menghadiahkan beberapa buah buku hasil tulisan Said Nursi Badiuzzaman, tokoh pejuang Turki. Tulisan saudara Faisal boleh dibaca melalui http://tehranifaisal.blogspot.com/

Wednesday, April 19, 2006

Seminar GPTD

Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

dengan kerjasama
Pusat Belia Antarabangsa (IYC)
Global Peace Mission (GPM) Malaysia
akan menganjurkan


Seminar Ketamadunan dan Pengembaraan
pada
11 Jun 2006 bersamaan 14 Jamadil Awal 1427 (Ahad)
bertempat di
Dewan Kampo,
Pusat Belia Antarabangsa (IYC)
Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur


SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!

Yuran pendaftaran:
Pelajar Sekolah= RM 5
Pelajar IPT = RM 10
Sila serahkan nama untuk penyertaan ke seminar_gptd@yahoo.com
Weblog Seminar Pengembaran dan Ketamadunan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Sekretariat Seminar Pengembaraan dan Ketamadunan
Tel: 03 - 6188 9821
Sdr Najib Afif (Pengarah Seminar)
Tel: 016 - 273 5583

Youth Activist Workshop (BAKTI)

GOMBAK, April 15 - Youth Activist Workshop (Bengkel Aktivis Muda - BAKTI) was jointly organized by Youth Awareness Bureau (GEMPA) of National Union of Malaysian Muslim Student (PKPIM) and Skills and Volunteers Bureau of GPTD.

The workshop attended by 9 activists from PKPIM and GPTD. Participants were exposed with the basic concept of volunteerism and activists. Participants were also assigned to certain tasks and will present their tasks and findings in the next workshop.

Bro. Mohd Redzuan, Youth Awareness EXCO of PKPIM and Bro. Mohd Khairuddin, GPTD Coordinator conducted the workshop. The next workshop is scheduled on 6th May. Everyone is welcomed to join the programme. For those interested to join, please submit your name to gptd_gpm@yahoo.com

Monday, April 17, 2006

Talk With SMAPIAN


April 14, 2006 - Hulu Langat - GPTD Chairman, Brother Jufitri Joha dilevered a talk entitled " Youth and Current Issues" in front of form 6 students of Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL). The gist of the talk is to inculcate the students to be more responsible towards the ummah issues. Besides of they are excel in study, they should also in their own capacity to serve for the betterment of the community. He also introduced Brother Suhail Ahmad as a living example from SMAPL product who is excel in university study but in the same time did not forget to serve the community. Brother Suhail currently is a PKPIM President and former GPTD Assistant Coordinator.

Thursday, April 13, 2006

Pertemuan Dengan Presiden Melayu UK


13 April 2006 - Cyberjaya - GPTD telah berpeluang menemui saudara Hamidi Abdul Rahman, Presiden Persatuan Melayu UK untuk membincangkan program pertukaran belia Melayu UK-Malaysia yang bakal diadakan di Rembau, Negeri Sembilan pada hujung tahun ini.

Selain sibuk dengan urusan perniagaan beliau, GPTD berjaya memanfaatkan masa beliau yang agak terhad dengan mendapat beberapa persetujuan daripada beliau seperti persetujuan mengadakan memorandum persefahaman dengan Majlis Belia Negeri Negeri Sembilan (MBNNS) untuk program pertukaran, tarikh program dan bilangan peserta. Beliau akan pulang ke UK Sabtu ini selepas menyelesaikan urusan beliau di Malaysia.

ZIGO: Wisma Putra

PUTRAJAYA, April 12 - GPTD delegation organized a visit to Wisma Putra today. The building which located the Foreign Ministry itself located among various of ministries' offices in Putrajaya.

Dr. Hasrul Sani Mujtabar, Secretary of Information at Wisma Putra, generously spent his precious time to entertain the 8 members of the delegaion.

The discussion held clarified both institutions about their objectives and manage to briefly discuss possible cooperation in future.

Dr Hasrul also express his delightfulness towards the effort conducted by GPTD. Wisma Putra is willing to help organizations like GPTD that aims to promote good image of Malaysia internationally through social approach.

It has been a very 'enlightening' visit for GPTD volunteers to Wisma Putra and hope that these 2 institutions will work more closely together in future.

Monday, April 10, 2006

Pameran GPM di Sekolah Agama Menengah Hisamuddin


8 April 2006, Kelang - GPM dan GPTD telah mengadakan pameran mengenai GPM di Sekolah Agama Menengah Hisamuddin. Pameran tersebut telah menarik minat dan mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar di sekolah tersebut. Program susulan akan diteruskan lagi di sekolah tersebut pada masa-masa akan datang. 2 orang sukarelawan GPTD iaitu Sdr. Najib 'Afif Arip dan Sdri. Munirah Mohamad telah membantu pihak GPM untuk menjayakan pameran tersebut.

Visit to Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan)





8 April 2006 - Setapak - A visit had been made to Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) at Setapak. The purpose of this visit is to make a corporation between GPTD and the school for the future programme. Mr Shahrin, who is one of the volunteer in this school especially for the music training assists the student in developing their music skills. He is a professional musician and a former member of Aseana Percussians band. Representative from GPTD are Bro. Akhmal and Bro. Abdul Hakim and GPM Exco, Ms. Fauziah Tahar.


Walimah 2006


1 April 2006 - Jelebu - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah menamatkan zaman bujangnya dengan saudari Norazla Abdul Wahab, bekas Penolong Setiausaha GPTD. Saudari Norazla yang kini bertugas di Seremban sebagai seorang peguam, merupakan bekas ahli kumpulan Jejak Warisan 2003 GPTD ke Pulau Krismas, Australia. Beliau dijangka kembali aktif bersama GPTD selepas berkahwin ini.

Lihat Gambar: Saudara Jufitri bersama isterinya saudari Norazla di belakangnya.

Sunday, April 09, 2006

Program Membaca Untuk Orang Buta





8 April 2006 - Brickfields - GPTD telah menghantar 2 orang wakil untuk membantu Persatuan Orang Buta Malaysia dalam menyiapkan buku Panduan Menguruskan Jenazah dalam tulisan braille. Saudara Adam Lee selaku penterjemah buku berkenaan menyatakan bahawa kesukaran dalam proses penterjemahan adalah melibatkan penterjamahan daripada bahasa arab kepada tulisan braille.Bagi beliau ini tugas ini memerlukan penelitian yang tinggi kerana susunan bahasa arab mempunyai susunan tatabahasa yang begitu kompleks. Wakil GPTD yang hadir ialah Akhmal Mohd Noor, Penolong Penyelaras 2 dan Abdul Hakim, Exco Biro Bahasa dan Linguistik GPTD.


Friday, April 07, 2006

Diskusi Keamanan - UNISEL




5 April 2006 - Batang Berjuntai - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Grup Pengkaji Tamadun Dunia telah mengadakan ‘Diskusi Keamanan’ yang telah diadakan di Universiti Industri Selangor (UNISEL) Batang Berjuntai. Program itu telah disampaikan oleh saudara Mohd Hilmi Ramli wakil PKPIM dan saudara Noryzal Zainal Abidin wakil GPTD. Program ini bertujuan memperkenalkan PKPIM dan GPTD kepada mahasiswa UNISEL serta menarik minat mereka unuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Turut hadir saudara Izwan Suhadak Ishak (Timbalan Pengerusi GPTD), Mohd Akmal Mohd Noor (Penolong Penyelaras 2) dan Abdul Hakim Shahbuddin (Biro Bahasa dan Linguistik GPTD).