Monday, March 05, 2007

Usrah GPTD di Kolej Darul Quran


10 Januari 2007, Kuala Kubu - Tuan Haji Ahmad Azam(Pengasas GPTD), Jufitri Joha(Pengerusi), Saudara Najmuddin dan dua orang pelajar praktikal telah mengunjungi Kolej Darul Quran, JAKIM di Kuala Kubu Bharudengan tujuan memperkenalkan GPTD dan mengeratkan lagi silaturahim di antara ahli GPTD yang sedia ada. Seramai 20 orang menghadiri sesi usrah yang dikelolai oleh En. Azam. Antara topik yang disentuh ialah proses dakwah, saluran dakwah dan peranan pelajar-pelajar Darul Quran sebagai pendakwah yang berjaya di peringkat antarabangsa. Pertemuan selama 2 jam memberikan meklumat-maklumat yang bernas dan boleh diguna pakai oleh pelajar-pelajar tersebut. Majlis berakhir tepat pada jam 11.00 malam.