Wednesday, May 30, 2007

PROJEK EKSPLORASI KOREA & JAPAN

An-nyong haseyo

Seoul, Korea-28 Mei 2007 - Alhamdulillah, GPTA Korea-Jepun seramai 5 orang termasuk 1 lelaki dan 4 perempuan telah berlepas ke Korea dan Jepun pada 28 Mei 2007 yang dinamakan PROJEK EKSPLORASI KOREA & JAPAN. Misi ini bertujuan untuk membina jaringan di kedua-dua negara serta mengkaji Islam di sana. Insyallah perjalanan ini mengambil masa selama 2 minggu (1 minggu Korea, 1 minggu Jepun).

Sebelum bertolak mereka dihadiri Saudara Noryzal (Ketua Penyelaras GPTD) dan beberapa orang exco. Sebelum berangkat ketua penyelaras memberi amanat kepada mereka.