Wednesday, August 08, 2007

Lawatan ke Karangkraft

4 Julai 2007, Shah Alam - Seramai 4 orang wakil GPTD iaitu Saudara Jufitri (Pengerusi), Saudara Noryzal (Penyelaras), Saudara Hakim, Saudari Nadzifa (Biro DOME) telah berkesempatan melawat ke Karangkraft yang terletak di Shah Alam. Antara objektif lawatan adalah melihat bagaimana penghasilan sesebuah buku atau majalah. Kedatangan GPTD disambut oleh editor e@Siswa iaitu Sdr Saharom Abd. Aziz, kami di beri taklimat mengenai Karangkraft dan dibawa melawat hampir seluruh tempat percetakan, seperti Dara.com, Remaja dan lain-lain lagi.

Selain itu kami juga diberi peluang untuk melihat sesebuah gambar di edit untuk menghasilkan gambar yang menarik dan kretif. Peluang ini amat bermakna terutama bagi Biro DOME untuk dipraktikkan dalam pengeluaran gambar di GPTD. Selain itu, kami juga berbincang untuk menjalinkan kerjasama dalam menyiarkan program-program GPTD untuk dikongsi bersama masyarakat umum, terutama belia agar lebih berminat untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh GPTD dan agensi-agensi lain.

Lawatan berakhir dengan sesi bergambar dan menukar cenderamata. Pihak GPTD berharap agar pertemuan ini dapat berterusan dan bertukar-tukar pandangan dalam memartabatkan lagi penerbitan yang lebih berkesan.