Wednesday, August 08, 2007

“Prospect and Challenges in Community Service”


14 Julai 2007, Genting Highland- Penyelaras GPTD iaitu saudara Noryzal telah dijemput memberi ceramah kepada ahli kelab dibawah Censerve, Universiti Islam Antarabngsa Malaysia. Saudara Noryzal adalah sukarelawan GPTD yang banyak pengalaman dalam kerja-kerja khidmat masyarakat di luar negara. Antaranya Australia, Perth, Pulau Kristmas, Bandung dan lain-lain lagi.

Pengalaman yang ada dikongsi bersama pelajar-pelajar UIA dalam memupuk minat kesukarelawan dan bersungguh-sungguh dalam membantu orang yang memerlukan. Turut serta dalam ceramah ini adalah sdr Hakim, juga pelajar Universisti Islam Antarabangsa yang baru sahaja balik menjalankan kajian dan membina jarinagn di Korea dan Jepun. Saudara Helmee dari TV9 juga sama-sama memberikan perkongsian pengalamn yang kebetulan baru sahaja pulang membuat pengambaran di Palestin.