Tuesday, September 25, 2007

Iftar Bersama Pengasas

19 September 2007, Gombak - Telah diadakan usrah daniftar bersama pengasas En. Azam di rumah beliau. Kira-kira 20 orang ahli GPTD telah menyertai usrah tersebut termasuklah ahli-ahli baru. Majlis dimulakan pada pukul 5.30 petang dengan sesi taaruf ahli-ahli baru dan lama. Selepas itu beliau menyampaikan usrah yang pengisiannya lebih kepada kembali kepada matlamat dan objektif GPTD itu ditubuhkan serta memperkanalkan GPTD kepada ahli baru.

Tiba waktu berbuka dimulakan dengan sedikit kurma dan air disusuli Solat Maghrib berjamaah. Selepas solat majlis diteruskan dengan makan juadah yang enak telah disediakan. Majlis bersurai sebelum Isyak dan menuanikan terawih di masjid berdekatan.