Friday, January 18, 2008

Ahlan wa Sahlan

18 Januari 2008 / 9 Muharram 1429 H – GPTD ingin mengucapkan ahlan wa sahlan dan salam kepulangan kepada Saudara Mohd Trimizi Zainal selepas menamatkan pembelajaran bahasa Arab di Jordan selama empat bulan. Beliau juga sempat menjadi wakil ABIM dan koresponden GPTD di Jordan dan melaksanakan beberapa persediaan program GPTD bersama pelajar-pelajar Malaysia di Jordan untuk khidmat sosial di United Kingdom.

Beliau merupakan aktivis GPTD yang amat komited dan mempunyai ilmu perubatan jin. Beliau juga merupakan lulusan Maahad Tahfiz JAKIM di Kuala Kubu Bharu dan pernah menyertai misi GPTD di Oxford bersama Persatuan Melayu United Kingdom, di Melbourne bersama Khairat Melayu Islam Victoria dan di Jordan untuk Intensif Penguasaan Bahasa Arab Jordan.

Ketika di Jordan beliau sempat bertemu seorang ulama yang menyatakan kepada beliau bahawa dakwah di luar negara terutama di negara minoriti Muslim adalah lebih utama berbanding di negara sendiri yang majoriti muslim kerana di tempat tersebut tenaga pengajar agama adalah amat kurang sedangkan masyarakat amat dahagakan ilmu agama.