Tuesday, January 01, 2008

Laporan Pengembaraan ke KLCC

Sabtu, 29 Disember 2007 – Kuala Lumpur City Centre (KLCC) telah menjadi lapangan bagi latihan kepada perintis Kelab Ibn Batuttah di bawah naungan Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD). Bermula dengan pergerakan dari Komuniti Residen Unisel, Bestari Jaya terus ke Taman Melati, peserta di minta untuk merakamkan suasana dan peristiwa yang bermakna supaya boleh dijadikan bahan untuk penulisan Pengembaraan ke KLCC. Modul yang terilham daripada kerya agung Rihlah Ibn Batuttah. Sesudah sampai di stesen LRT Taman Melati kami bergegas menuju ke stesen LRT KLCC bagi menepati masa jam sembilan pagi. Kemudian menyusur ke Taman Suria KLCC bagi melaksanakan misi Pengembaraan ke KLCC yang pertama.

Terlebih dahulu Sdr. Izwan Suhadak Ishak selaku Pengerusi Kelab Ibn Batuttah juga merangkap Timblan Pengerusi 1 GPTD telah menyampaikan perkongsian berkaitan ‘Hadiah Allah’ sebagai booster awal. Diikuti pengisian oleh Puan Noor Rislah, aktivis masyarakat juga isteri kepada Sdr. Izwan Suhadak Ishak.dengan konteks input adalah Komunikasi Dakwah. Sebaik sahaja peserta telah bersoaljawab dan jelas dengan misi pertama, mereka dilepaskan untuk melaksanakan peranan sebagai Hamba & Khalifah dalam misi taaruf dakwah. Para peserta hanya perlu berkenalan dengan pengunjung yang hadir mengikut kriteria pengunjung yang telah ditetap dengan pelbagai latabelakang.

Misi selesai dengan perjumpaan di Kinokuniya Book Store, level 4. Seterusnya misi ke-2, peserta diminta untuk memilih buku yang diminati untuk di baca dan kemudian kena diulas pada sesi berikutnya. Masa yang diberikan selama satu jam tempoh masa. Pertemuan berikutnya di Galeri Petronas. Di sana kami berdiri berkumpul di ruang pameran Spain Malaysia bagi meneruskan sesi pembentangan buku. Slot ini telah direspon oleh Sdr. Nadmin (Pengerusi Kelab Buya Hamka) serta isteri, Fadliana (aktivis GPTD). Selesai sudah diskusi buku, kami terus ke Restoran Mamak berhampiran untuk menikmati makan tengah hari. Lalu kami melanjutkan misi yang lebih utama iaiti solat zuhur di Masjid Asyakirin KLCC. Kami membuat halaqah selepas selesai solat zuhur, bagi sesi pembentangan misi pertama pada sebelah pagi tadi.

Setiap peserta berkongsi pengalaman dan pandangan tentang cabaran sebagai seorang pendakwah dan sukarelawan. Kesimpulan telah diberikan oleh setiap aktivis GPTD yang hadir. Para peserta terus ke Pangkalan, Anjung Rahmat untuk menulis catatan pengalaman, meniru gaya penulisan Ibn Batuttah. Sebelah lewat petang kami sempat singgah ziarah ke rumah Sdr. Nadmin dan isteri di Kg. Kerdas, Gombak bagi mengeratkan lag silaturahim.