Thursday, July 24, 2008

Usrah an-Nur dan Kelas Bahasa Turki


Assalamualaikum Wrh. Wbt.

Sukacita dimaklumkan, Kelab Badiuzzaman – GPTD Turki dengan kerjasama Yayasan Hayrat Neşriyat akan memulakan Kelas Bahasa Turki dan Usrah an-Nur.

Kelas bahasa Turki disasarkan kepada golongan pelajar dari 16 hingga 25 tahun. Kelas ini akan diadakan sekerap 2 minggu sekali. Kelas dijangka bermula pada pertengahan bulan Ogos 2008.

Yuran pendaftaran bagi kelas ini adalah percuma bagi mereka yang mendaftar sebelum 13 Ogos 2008.

Usrah an-Nur pula, akan membicarakan kitab Risalah an-Nur karangan Syeikh Badiuzzaman Said an-Nursi. Usrah ini terbuka kepada semua yang berminat untuk mengikuti kupasan kitab ini. Dijadualkan pada setiap Rabu selepas solat Maghrib, Usrah an-Nur dijadualkan bermula pada 6 Ogos 2008. Usrah ini akan dijalankan dalam bahasa Melayu.

Kedua-dua aktiviti ini akan diadakan di Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak, 53100 Gombak, Kuala Lumpur (bersebelahan Rumah Pak Ali).

Kepada yang berminat, sila sertakan nama, e-mel dan nombor perhubungan kepada Sdr. Najmuddin di najm29@yahoo.com
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat GPTD di talian 016 – 323 5700.