Tuesday, September 09, 2008

Misi ke Turki



Pihak GPTD ingin mengucapkan selamat jalan kepada saudara Mas Darwin bin Ali atas keberangkatan beliau ke Istanbul, Turki. Misi beliau yang dijangka selama dua tahun adalah untuk menyambung pelajaran sekaligus melaksanakan misi jamaah melalui GPTD untuk mendalami ketokohan Badiuzzaman Said Nursi, mempelajari budaya setempat yang kaya dengan khazanah yang diwarisi zaman berzaman, menguasai bahasa Turki dan membina rangkaian dakwah dan jaringan belia di Turki.

Projek ini mendapat kerjasama Hayrat Foundation, Turki (http://www.hayratvakfi.org/) dan Pesuruhjaya The Union of NGOs of the Islamic World (UNIW-http://theunity.org/) iaitu Sdr. Ahmad Azam Abdul Rahman yang juga merupakan Pengasas GPTD.

Sdr. Mas akan menetap di Konya iaitu tempat persemadian Sheikh Jalaluddin ar-Rumi, seorang ahli sufi terkenal Turki.

Selamat maju jaya Mas!