Monday, February 02, 2009

HAKIM - GPTD



Gombak - Baru-baru ini saudara Jufitri bin Joha, Pengerusi GPTD dan Saudara Najmuddin, Setiausaha GPTD telah terlibat bersama-sama dalam mesyuarat jawatankuasa penaja HAKIM. HAKIM adalah singkatan bagi Himpunan Keilmuwan Muda yang bertujuan untuk menyuburkan budaya intelektual di kalangan masyarakat Malaysia khususnya para belia. HAKIM juga bertujuan untuk melahirkan penghujah-penghujah bagi mempertahankan Islam khususnya dalam menghadapi ancaman Islam Liberal dan pemikiran-pemikiran lain yang menyesatkan ummat.

HAKIM bakal didaftarkan dalam tempoh terdekat dan dipengerusikan oleh Dr. Mohd Farid Shahran manakala saudara Jufitri telah dilantik menjadi Naib Pengerusi. HAKIM menganjurkan program-proram ilmiah seperti halaqah ilmu, seminar, penghasilan buku dan jurnal ilmiah dan lain-lain. GPTD akan bekerjasama dengan HAKIM bagi menyemarakkan budaya ilmu dan intelektual memandangkan 'core buisiness' GPTD adalah kajian ketamadunan dan kemasyarakatan.