Sunday, February 08, 2009

Induksi GPTD 2009

Ampang, 8hb Februari 2009 - GPTD telah berkampung di Pusat Pembangunan Keluarga (FEDEC) Ampang selama 3 hari untuk melaksanakan induksi yang telah lama tertangguh atas pelbagai perkara yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah induk dapat dijalankan dengan lancar dan berakhir dengan misi-misi dan program-program yang telah dirancang selama perkampungan itu.

Turut hadir pada induksi kali ini termasuklah wakil daripada Kelantan, Saudara Faizul Afzan merangkap GPTD Kelantan. Wakil daripada kampus juga turut memriahkan juga seperti Saudara Suhadak dari UNISEL merangkap pengerusi Kelab Ibnu Batutah, Saudari Aishah dari UNITEN dan Saudara Amirul dari Kolej Lagenda.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung ABIM, Dr. Amran Mohammad. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta induksi yang hadir.