Friday, February 20, 2009

Ziarah Tokoh - ZITO

Ampang, 19hb Februari 2009 - GPTD telah membuat ziarah tokoh (ZITO) ke rumah saudara Syed Munawar iaitu pengacara RTM dan "Di Luar Lngkungan (DLL)". Turut sama-sama hadir kumpulan Usratika.
Setibanya di rumah beliau kami semua di jamu makan malam yang enak. Selepas makan bermula sesi perkongsian pengalaman khususnya dalam bidang media dan pengacaraan. Pengalaman beliau yang sudah 12 tahun di dunia pengacaraan ini perlu dikongsikan dengan kami. Beliau juga menggalakkan kepada ahli GPTD dan kumpulan Usratika cuba untuk berkecimpung dalam dunia media ini bukanlah semata-mata untuk mencari popular tetapi membantu memberikan idea-idea yang dalam penbentukan masyarakat yang berilmu.