Wednesday, April 15, 2009

GPTD @ UNISEL



GPTD dijangka ditubuhkan di UNISEL, Bestari Jaya. Usaha - usaha telah digerakkan oleh saudara Izwan Suhadak Ishak bersama Grup Ibn Batuttah di sana. Berikut sedutan kertas konsep penubuhan GPTD di UNISEL:

"GPTD yang membawa konsep penjelajahan dan pengkajian peninggalan tamadun dunia yang masih wujud. Pertubuhan ini akan dikenali dengan nama “Grup Pengkaji Tamadun Dunia” (GPTD).

Pertubuhan ini secara khususnya terbuka kepada semua mahasiswa-mahasiswi UNISEL. Kami berharap kewujudan pertubuhan ini akan mendapat sambutan yang hebat daripada siswa – siswi UNISEL. Dengan adanya pertubuhan ini siswa – siswi akan dapat menggunakan masa mereka dengan baik di samping mengharumkan nama baik UNISEL dengan menjadi duta kecil UNISEL dalam negara dan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Diharap dengan adanya usaha daripada sebilangan warga UNISEL yang bertungkus lumus membina lapangan atau ruang bagi siswa-siswi unisel menimba pengalaman dan pembinaan tradisi ilmu, GPTD akan menjadi wadah pemangkin intelektual siswa-siswa unisel yang berwawasan dan cemerlang".