Saturday, April 25, 2009

Pengerusi GPTD @ Kolej MARA Banting



Banting - 23 April / 27 Rabiulakhir 1430 H - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah menyampaikan ceramah bertajuk 'Peranan Pelajar Islam Terhadap Agama' di hadapan pelajar-pelajar Kolej MARA Banting, Selangor Darul Ehsan. Mereka ini merupakan sebahagian daripada pelajar-pelajar yang membuat persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti ke UK, New Zealand dan Australia.

Di akhir ceramah tersebut, saudara Jufitri telah membuat tawaran secara terbuka kepada para pelajar di sana untuk menyertai GPTD khususnya di UK bagi menggerakkan usaha memantapkan GPTD di sana melalui Malaysian Islamic Study Group (MISG) ABIM (http://www.misg-abim.org/). Saudara Jufitri dijangka menyambung pelajaran ke University Durham, United Kingdom di peringkat Master dalam bidang Pengajian Komuniti dan Belia selama setahun bermula September 2009. Ini bakal merancakkan usaha GPTD di Eropah khususnya di UK.

Setakat ini di Eropah, GPTD mempunyai jaringan dan jalinan kerjasama dengan Persatuan Melayu United Kingdom (www.melayu.or.uk), Kelab Melayu Denmark, European Muslim Network (EMN-http://www.euro-muslims.eu/) dan Gabungan Muslim Perancis (CMF)