Thursday, June 04, 2009

GPTD @ IYC




Cheras
- 4 Jun 2009 / 10 Jamadilakhir 1430 H - GPTD sekali lagi mengorak langkah mengadakan pertemuan bersama YM. Dato' Raja Ruslan Bin Raja Samah, selaku Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC). Antara agenda penting yang dibincangkan ialah kerjasama antara pihak IYC dan GPTD untuk satu program belia yang dijadualkan berlangsung pada akhir bulan Julai ini iaitu Moroccan Youth Educational Visit to Malaysia .

Saudara Jufitri selaku Pengerusi GPTD melihat pertemuan ini adalah satu medium terbaik untuk membuka ruang bagi aktivis-aktivis GPTD berkenalan dan sekaligus menjalinkan hubungan yang lebih rapat bersama pihak IYC. Antara aktivis GPTD yang turut serta ialah saudara Hakim, saudara Mohd Shazni, saudari Ain Najwa dan saudari Jehan.

Harapan GPTD agar jalinan ini berterusan bagi memantapkan lagi gerakan dan sama-sama berkhidmat kepada masyarakat belia khususnya.

Misi Rahmatan Lil Alamin.