Thursday, June 18, 2009

GPTD ke Kampus

InsyaAllah GPTD akan berada di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) pada malam hari Jumaat ini bersamaan 19 Jun 2009. Aktiviti turun ke kampus ini adalah untuk memberikan pendedahan dan perkongsian pengalaman bagi menarik lagi minat golongan mahasiswa dan mahasiswi untuk turun ke lapangan membantu masyarakat. Selain pelajar dari KUIS, turut diundang untuk turut serta ialah pelajar dari UPM dan USIM. Semoga perhimpunan kali ini dapat menarik minat dan membuka mata untuk bersama menerajui GPTD. Semua dijemput hadir.


Misi Rahmatan Lil Alamin.