Wednesday, June 24, 2009

GPTD @ KUIS


Bangi, 19 Jun 2009 : Alhamdulillah. Sesi pengenalan GPTD di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) berjalan dengan lancarnya. Perkongsian dari Saudara Kamarul dan Saudari Ain Najwa melengkapkan lagi malam itu sekaligus memberi idea-idea baru buat warga KUIS untuk terlibat di lapangan. Tidak ketinggalan Pengerusi GPTD Saudara Jufitri turut sama menyumbangkan kata-kata untuk pelajar KUIS. Pihak GPTD juga menjemput pelajar KUIS ke Kem SAKTI yang dijadualkan pada bulan Ogos ini untuk penerangan yang lebih mendalam mengenai GPTD.













Terima kasih diucapkan kepada aktivis GPTD yang turut telibat, Saudara Mohd Shazni, Saudara Hakim, Saudari Syafafwati, dan Saudari Nurjihan. Jutaan terima kasih juga buat warga KUIS yang hadir pada malam tersebut. Semoga pertemuaan tersebut menjadikan titik permulaan untuk sama-sama berkhidmat di lapangan suatu hari nanti.

Misi Rahmatan Lil Alamin.