Friday, June 19, 2009

Misi ke Palestin


Gombak - 17 Jun 2009 / 23 Jamadilakhir 1430 H - Saudara Noryzal Zainal Abidin, Exco GPTD dan bekas Sukarelawan GPTD ke Australia telah berlepas ke Palestin untuk menjalankan misi bantuan kemanusiaan di sana bersama dengan 8 orang lagi ahli delegasi yang mewakili Global Peace Mission (GPM) Malaysia, ABIM, Yayasan Amal Malaysia, Institut Al-Quran Kuala Lumpur dan pihak media. Ikuti pengalaman dan perjalanan beliau melalui gptd@yahoogroups.com. Beliau akan berada di sana selama 10 hari.