Sunday, July 26, 2009

Forum Banteras Jenayah Seksual

Kelang - 22 Julai 2009 / 29 Rejab 1430 H - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD dan Saudara Kamarul Arifin Mohd Wafa, Aktivis GPTD telah digandingkan dalam satu Forum Banteras Jenayah Seksual anjuran Sekolah Menengah Agama Hishamuddin Kelang. Forum yang dipengerusikan oleh Saudara Jeff Hazimin ini dihadiri oleh pelajar tingkatan satu sehingga tingkatan empat dan turut dihadiri oleh para guru.

Saudara Kamarul selaku peguam yang berpengalaman mengendalikan kes-kes jenayah seksual remaja telah menceritakan serba-sedikit tentang kebejatan masalah zina di kalangan remaja serta implikasi undang-undang berdasarkan Kanun Keseksaan.

GPTD turut mengadakan pameran sempena Minggu Keselamatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.