Thursday, July 16, 2009

GPTD@USIM

Nilai- 16 Julai 2009 / 23 Rejab 1430 H - GPTD meneruskan usaha melebarkan sayap ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pengerusi GPTD saudara Jufitri Joha telah berkesempatan membuat pertemuan dengan kelompok kecil pelajar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM seramai 10 orang.

Pertemuan yang telah diusahakan oleh Dr. Rumaizuddin Ghazali, Pensyarah USIM ini bertujuan untuk memperkenalkan gerak kerja GPTD serta mengajak para mahasiswa menyertai kerja-kerja. Setakat perbincangan tersebut, satu grup sudah bercadang untuk meneruskan usaha GPTD ke Syria untuk mengkaji 3 tamadun hebat yang terdapat di sana di samping untuk mengasah ketajaman berbahasa Arab. Dr.Rumaizuddin akan bertindak selaku Penasihat GPTD di USIM.