Friday, July 31, 2009

Pengerusi GPTD di Felda Bukit Rokan, Tampin, Negeri Sembilan

Felda Bukit Rokan - 31 Julai 2009 / 9 Syaaban 1430 H - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah menyampaikan tazkirah Maghrib bersempena program Homestay Belia Maghribi yang berlangsung selama dua hari satu malam. Turut hadir memeriahkan suasana ialah Pengerusi JKKK, Pengurus Felda Bukit Rokan dan penduduk Felda Bukit Rokan.

Turut mengiringi saudara Jufitri, ialah dua aktivis GPTD iaitu saudara Kamarul Arifin dan saudara Khuzairi. Selepas tazkirah, satu kenduri diadakan bagi meraikan kehadiran tetamu yang hadir.

Program kemasyarakatan sebegini, merupakan antara intipati program GPTD yang mendekatkan aktivis GPTD kepada belia, remaja dan masyarakat di akar umbi.