Monday, July 13, 2009

Perasmian GPTD UNISEL Bestari Jaya

Bestari Jaya, 10hb Julai 2009 - Pengerusi GPTD Saudara Jufitri telah merasmikan Mesyuarat Agung Pertama serta penubuhan cawangan GPTD UNISEL Bestari Jaya. Ini adalah cawangan yang kedua selepas GPTD Cosmopoint Kelantan. Alhamdulillah GPTD UNISEL telah membuat pengambilan ahli baru lebih kurang 50 orang pada promosi yang diadakan beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

GPTD mensasarkan membuat kajian sejarah ke Maninjau di mana tempat lahirnya Buya Hamka. Insyallah mereka akan laksanakan pada hujung tahun ini. GPTD UNISEL juga boleh dilawati dengan melayari blog mereka di http://gptdunisel.blogspot.com/.