Friday, July 31, 2009

Tahniah Kepada Saudari Addawiah Salim

United Kingdom - 31 Julai 2009 / 9 Syaaban 1430 H - GPTD ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Saudari Addawiah Salim kerana telah dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Melayu United Kingdom (Melayu UK) yang baru dalam satu program Perhimpunan Keluarga Melayu UK - Summer Camp yang berlangsung di Ashworth Valley Campsite Hurst Farm Rochdale,UK. Saudari Addawiah merupakan koresponden GPTD di UK.

Dikesempatan ini juga, pihak GPTD juga ingin mengucapkan tahniah atas perlantikan saudara Suhaib Hamidi sebagai Presiden Persatuan Melayu UK yang baru. GPTD telah mempunyai sejarah dan hubungan yang baik dengan Melayu UK sejak beberapa tahun yang lepas melalui Presidennya yang terdahulu iaitu Encik Hamidi Abdul Rahman. Terkini, pihak Melayu UK sudah pun mengorak langkah merancang kerjasama dengan GPTD untuk menganjurkan seminar sehari "On Top of The World" yang bakal berlangsung di Universiti Sheffield, UK pada awal November nanti. Semoga langkah positif ini merapatkan lagi hubungan baik Melayu UK dan GPTD.

Melayu UK boleh dicapai di http://www.melayu.org.uk/