Sunday, August 09, 2009

Cheras - 9 Ogos 2009 / 18 Syaaban 1430 - Belia Maghribi menamatkan lawatan sambil belajar ke Malaysia selama dua minggu dengan berlepas pulang ke Maghribi malam tadi. Pihak GPTD ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak yang bekerjasama menjayakan lawatan ini terutamanya pihak ABIM, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Kuala Lumpur dan Majlis Belia Negeri Sembilan.

Wakil Belia Maghribi, saudara Abdul Kebir Aziz mempelawa pihak GPTD membuat kunjungan balas ke Maghribi tahun depan. Justeru, pihak GPTD akan mewujudkan sebuah grup khas untuk membuat kunjungan balas ke Maghribi tahun depan. Saudara Abdul Kebir yang juga fasih berbahasa Melayu, berhasrat membantu GPTD melebarkan jaringan persahabatan belia dan kesukarelaan ke negara-negara Afrika yang lain seperti Mauritania, Senegal, Algeria, Afrika Selatan dan lain-lain.

Semoga usaha ini diberkati Allah dan mendatangkan manfaat untuk umat.