Monday, September 28, 2009

Al-fatihah buat bapa aktivis GPTD


Batu Pahat - 28 September 2009 - Presiden GPTD telah menerima khidmat pesanan ringkas daripada salah seorang aktivis GPTD, Mohd Akhmal Mohd Noor pada jam 1.29 pagi yang memaklumkan pemergian bapanya yang terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Johor.

Sebelum itu, Sdr Akhmal dan isterinya serta anak sulungnya sempat bersama-sama Presiden dan Penolong SUA, Abdul Hakim Shahbuddin menziarahi En Jambri (pegawai Imigresen yang pernah bertugas di Guangzhou, China) di Bukit Tinggi Klang sempena Aidilfitri.

Sdr Akhmal kini masih dalam perjalanan pulang ke rumah ibubapanya di Batu Pahat dan tidak berkesempatan bertemu dengan bapanya sebelum dia meninggal dunia.

Mohon agar semua pembaca blog khususnya ahli-ahli GPTD untuk sedekahkan al-Fatihah buat allahyarham.Moga Allah cucuri rahmatNya ke atas allahyarham dan ditempatkannya di kalangan orang-orang yang soleh.

Sunday, September 27, 2009

Kuala Lumpur- 27 September 2009 / 8 Syawal 1430 - GPTD menyokong surat di bawah:

19 September 2009

His Excellency Peter J.E. Anegbeh
High Commissioner for Nigeria in Malaysia
Kuala Lumpur.


Your Excellency,

Sub: Violent suppression of Al Quds Day Demonstration,the killing of five people, and the threat to the life of Mu’allim Ibrahim Al-Zakzaky by Nigerian police.

We, the undersigned civil society organsations, write to register our strongest protest against the forceful suppression by the Nigerian police of the demonstration on Al Quds Day in Zaria, Kaduna State, northern Nigeria in support of the struggle of the Palestinian people for liberation of their homeland from Zionist colonialism and occupation.

We understand that police violence has led to the klling of five innocent lives and that the life of the leader of the Islamic Movement Mu'allim Ibrahim Al-Zakzaky is under threat from the state's security forces. We have received reports of armed riot police moving towards Mu’allim Ibrahim Al-Zakzaky’s house in Zaria, Kaduna State, northern Nigeria. Members of the Islamic Movement are surrounding the home of Nigeria’s Islamic Movement leader, in a bid to block any attack by police.

Members o f the movement are unarmed, whereas the mobile police units are heavily armed and deployed in streets and areas near Al-Zakzaky’s residence. There are serious and credible fears that an attack is imminent on Al-Zakzaky’s home, which is part of a compound which houses many people. If the feared attack takes place, it will surely lead to a lot of bloddshed and loss of many innocent lives. Such an outcome must be prevented.

The serious violation of the human rights of those who took part in the demonstration and the threatened attack on Mu'allim Ibrahim Al-Zakzaky by the state's security apparatus must be condemned by Nigerians of all faiths and all peace-loving people in the world.

We are shocked that Nigeria, a victim of European colonialism and with a tradition of heroic resistance to it, has chosen to suppress its people's demonstration of support for the struggle of the Palestinians whose homeland has been colonised by settlers from Europe and the United States for over sixty years and who on a daily basis suffer discrimination, violence,and indignities from the Zionist occupation forces.

The brutal action by your security forces against people exercising their democratic and constitutional rights will not only create division and disunity in Nigeria leading to more violence but also tarnish its image in the Third world and in the movements for democracy, peace and justice in the West.

We urge your government to take immediate action to put an end to the repressive police action against the supporters of the Islamic Movement and to ensure the safety and liberty of Mu'allim Ibrahim Al-Zakzaky.

Yours truly,

Haji S.M. Mohamed Idris, Chairman, Citizens International

Azmi Hamid, Nusantara Initiative for Justice and Peace (NADI)

Mohideen Abdul Kader, Universal Justice Network (UJN)

Sunday, September 20, 2009

Salam Lebaran Daripada Presiden GPTD

Kuala Lumpur - 20 September 2009 / 1 Syawal Ramadhan 1430 - Presiden GPTD, saudara Muhammad Suhail Ahmad dan Pimpinan Utama GPTD Mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri, Maaf Zahir Batin. Teruskan Perjuangan, Allahuakbar!

Pesanan Aidilfitri


Sempena ketibaan Syawal pada hari ini, saya selaku Presiden GPTD mewakili semua saf kepimpinan GPTD ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua penggerak GPTD di seluruh tanahair dan di luar negara.

Marilah sama-sama kita hayati semangat hijrah yang berlaku pada 20 September 622 dalam kita menyambut Aidilfitri ini. Penghijrahan dari yang baik kepada yang lebih baik amat dituntut.

GPTD pada peringkat kepimpinan pusat kini berhasrat untuk pertingkat professionalisme dalam gerakan selain memperkukuh institusi GPTD dari segi ekonomi, prasarana dan kualiti ahli.

Adalah diharapkan semangat hijrah turut tersemai dalam diri ahli-ahli GPTD agar pelaksanaan sebarang perubahan yang bakal dilaksanakan dapat direalisasikan dengan lebih berkesan. Kami percaya kejayaan GPTD banyak bergantung kepada ahli-ahlinya dari peringkat akar umbi sehingga ke pucuk kepemimpinan.

Dalam Fasa Kedua yang sudah bermula ini, GPTD akan lebih fokus dan terarah secara objektif untuk mencapai misi-misi yang akan diumumkan kelak. Pada peringkat permulaan ini, kepimpinan pusat akan mengadakan beberapa siri perbincangan untuk perancangan yang lebih teliti.

Kami juga berhasrat untuk turun ke kampus-kampus dan kawasan-kawasan di mana terdapat ahli-ahli GPTD untuk kami salurkan segala maklumat yang dirancang seterusnya berbincang dengan lebih serius tentang situasi dan kondisi setempat.
Sempena Aidilfitri ini, GPTD menyarankan agar hubungan silaturrahim khususnya di kalangan ahli keluarga dipereratkan oleh ahli-ahli GPTD. Jadikan kesempatan ini satu peluang yang berharga walaupun sebentar untuk bersama dengan ahli keluarga yang disayangi. Bermaaf-maafan dan saling mengasihi sesama ahli keluarga harus diamalkan.

Kesempatan ini juga pastinya menjadi ruang kepada ahli-ahli GPTD yang sedang belajar untuk merehatkan minda sebelum menyambung pengajian setelah tamat cuti kelak. Didoakan agar kesempatan berehat ini dapat menyegarkan kembali minda untuk terus menimba ilmu.

Akhir kata, sekali lagi saya mewakili barisan kepemimpinan GPTD memohon kemaafan atas segala salah dan khilaf sepanjang GPTD menerajui gerakan ini dan Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua. Sampaikan salam kami kepada ahli keluarga yang menjadi pendokong kuat kepada kita untuk terus menabur bakti di bumi Ilahi.

Saturday, September 19, 2009

Berbuka Puasa Bersama Sukarelawan Global Peace Mission (GPM) Malaysia

Kuala Lumpur- 18 September 2009 / 28 Ramadhan 1430 - Pimpinan utama GPTD telah berkesempatan berbuka puasa dan beramah mesra dengan seorang sukarelawan Global Peace Mission (GPM) Malaysia iaitu saudara Azlan Mohd Sharif di Hotel Corus, Ampang. Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah al-Fadhil Ustaz Shamsul Azhar Yahya;Yang Dipertua ABIM Negeri Sembilan, saudara Jufitri Joha;Pengerusi GPTD, saudara Noryzal Zainal Abidin;Timbalan Pengerusi, saudara Kamarul Arifin Mohd Wafa;Ahli Majlis Tertinggi GPTD dan saudara Muhd Nor Azym;Ketua GPTD Kolej Lagenda.

Saudara Azlan berkongsi pengalaman tentang bagaimana beliau ditahan oleh pihak berkuasa Mesir baru-baru ini atas alasan kerap membantu dan menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza. Beliau ditahan di dalam penjara dan kemudian dihantar balik terus ke Malaysia tanpa sempat menghantar bantuan ke Gaza.

GPTD amat bersimpati dengan beliau dan perjuangan rakyat Palestin yang ditindas dari segenap sudut. 21 Ogos lepas kita baru sahaja menyambut hari memperingati al-Quds. Semoga Ramadhan ini menjadikan kita aktivis GPTD dan seluruh masyarakat Islam prihatin dengan isu Palestin. Marilah kita doakan nasib rakyat Palestin.



Sementara itu, GPM menyerahkan memorandum membantah penahanan seorang penggerak utama GPM, Sdr Azlan Mohamad Sharif oleh pihak berkuasa Mesir baru-baru ini. Beliau ditahan ketika ingin menghulurkan bekalan bantuan kemanusiaan ke GAZA. Disamping membantah penahanan Sdr Azlan Mohamad Sharif, memorandum ini juga tutut menggesa pihak berkuasa Mesir, membentuk badan-badan kemanusiaan antarabangsa untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan oleh penduduk GAZA menerusi sempadan MESIR-GAZA.

Penyerahan Memorandum ini di Kedutaan Mesir, turut menyaksikan 3 wakil GPM, Tn Hj Ahmad Azam yang juga merupakan Pengasas GPTD, Tuan Hj Nur Anwar Hashim dan Sdr Azlan sendiri pergi menemui pegawai kedutaan Mesir untuk menyuarakan bantahan secara langsung berhubung isu penahanan Mejar (B) Azlan dan halangan yang di hadapi para petugas kemanusiaan untuk menyalurkan bantuan ke GAZA menerusi sempadan Mesir-GAZA.Turut hadir bersama saudara Raimi Ab Rahim;Setiausaha Agung ABIM, saudara Khairul Anuar Musa;Setiausaha Agung PKPIM, saudara Shazni Abdullah; Timbalan Presiden GPTD dan saudara Abdul Hakim Shahbuddin; Penolong Setiausaha Agung GPTD.

Bagi mengingati perjuangan rakyat Palestin sila kemaskini informasi di http://palestinkini.info/. Laman web ini adalah laman web rasmi Muassasah al-Quds Malaysia di mana ABIM dan GPTD adalah badan gabungannya.

GPTD @ Uniten

Kajang- 18 September 2009 / 28 Ramadhan 1430 - Pimpinan utama GPTD yang diketuai oleh saudara Jufitri Joha telah berkunjung ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) untuk bertemu dengan proksi GPTD di sana iaitu Kelab Unicomserve di bawah naungan Masjid Uniten. Pertemuan tersebut telah berlangsung dengan baik dalam kerangka memperkenalkan gerak kerja GPTD dengan lebih dekat selain berbincang mengenai program GPTD yang turut boleh digerakkan oleh sahabat-sahabat di Unicomserve.

Di akhir pertemuan tersebut beberapa sahabat Unicomserve berminat untuk menyertai program sukarelawan sepenuh masa GPTD iaitu menginfaqkan masa selepas graduasi selama setahun untuk membuat kerja-kerja kesukarelaan di luar negara. Turut hadir ialah saudara Kamarul Arifin Mohd Wafa;Ahli Majlis Tertinggi GPTD dan saudara Mohd Azym;Ketua GPTD Lagenda.

Mereka boleh diikuti perkembangan di http://unicommserv.blogspot.com/

Thursday, September 17, 2009

Mesyuarat Strategik Bersama Pengasas GPTD

Gombak- 17 September 2009 / 27 Ramadhan 1430 - Pimpinan utama GPTD yang diketuai oleh saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD dan saudara Suhail Ahmad, Presiden GPTD telah mengadakan mesyuarat strategik bersama Encik Ahmad Azam Abdul Rahman, Pengasas GPTD merangkap Pesuruhjaya Union of NGOs of the Islamic World (UNIW)theunity.org

Dalam pertemuan tersebut Encik Azam telah menyatakan bahawa GPTD sudah memasuki fasa baru iaitu fasa kedua terutamanya selepas GPTD didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Beliau juga menekankan perlunya diwujudkan pusat-pusat kesukarelaan GPTD di negara Arab, China dan Amerika Latin bagi memudahkan kerja-kerja pengkajian dan kesukarelaan GPTD berjalan dengan baik.

Selain itu dalam memasuki fasa baru GPTD ini, beliau turut menekankan agar para aktivis GPTD menguasai bahas-bahasa utama dunia seperti Mandarin, Bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis dan Bahasa Arab sebagai satu alat dan skil berguna pada masa hadapan.

Beliau turut memberikan khabar gembira apabila GPTD akan mempunyai pejabatnya tersendiri yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan prasarana untuk melatih para aktivis GPTD. Turut menyertai mesyuarat ini ialah saudara Shazni;Timbalan Presiden, saudara Najmuddin;Setiausaha Agung dan saudara Hakim;Penolong Setiausaha Agung.

Wednesday, September 16, 2009

Ramadhan dan Khidmat Bakti

Johol- 16 September 2009 / 26 Ramadhan 1430 - Ahli GPTD digalakkan berterusan melakukan kerja-kerja khidmat sosial memandangkan teras objektif ketiga GPTD adalah untuk menggalakkan kerja-kerja kesukarelaan. Saudara Jufitri,Pengerusi GPTD dan saudara Kamarul Arifin, Ahli Majlis Tertinggi GPTD telah berkesempatan berbuka puasa dengan belia orang Asli Kampung Air Rengas Johol, Negeri Sembilan. Saudara Kamarul telah mencadangkan agar salah satu program persediaan GPTD sebelum ke luar negara adalah bersama belia orang asli di kampung tersebut.



Sementara itu, saudara Jufitri dan saudara Abdul Hakim, Penolong Setiausaha Agung juga berkesempatan mengiringi saudara Razak Idris, Presiden ABIM mengunjungi Rumah Iman dan berbuka puasa bersama penghuninya. Rumah Iman merupakan rumah pemulihan akhlak dan jiwa remaja lelaki dan perempuan yang terjebak dalam kancah masalah sosial seperti zina, derhaka ibubapa dan lain-lain. Rumah ini terletak di Bukit Beruntung, Hulu Selangor dan diletakkan di bawah naungan ABIM dan digerakkan sepenuhnya oleh aktivis Sahabat Iman dan Insan (SIDIM) di bawah pimpinan Ustaz Hanafiah Malek . Aktivis GPTD juga digalakkan membuat kerja-kerja khidmat sosial di sini dengan memberikan motivasi kepada mereka, mengajarkan skil-skil kehidupan dan menghulurkan bantuan dalam bentuk wang ringgit.

Pihak ABIM juga bercadang menyediakan platform kepada remaja-remaja yang sudah insaf ini agar mereka boleh terus menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Ikuti sebahagian kisah silam remaja tersebut di http://intim.wordpress.com/2007/06/16/kisah-benar-penghuni-sidim-anak-derhaka/.

Sunday, September 13, 2009

Pendaftaran GPTD

PUTRAJAYA, 11 Sept. - GPTD telah menyerahkan borang pendaftaran ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia di sini hari ini.

Pendaftaran dibuat mengikut keputusan mesyuarat AJK GPTD yang telah memutuskan untuk mendaftarkan GPTD di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

Rombongan ke Putrajaya turut disertai oleh Sdr. Mohd Shazni (Timbalan Presiden), Sdr. Najmuddin (Setiausaha Agung), dan Sdr. Hakim (Penolong Setiausaha Agung).

Selaras dengan pendaftaran ini, beberapa peningkatan akan dijalankan bagi memantapkan lagi gerak kerja GPTD.

GPTD turut mengalu-alukan lebih ramai belia untuk bersama-sama GPTD menabur bakti di seluruh dunia.

Semarak Ramadhan 1430H

Alhamdulillah, program Semarak Ramadhan 1430H, yang bertujuan untuk merapatkan ukhuwah di samping memperkukuh pemahaman terhadap gerak kerja GPTD, telah berjaya diadakan di 3 buah kampus.

Program ini telah dijayakan di 3 kampus iaitu UIAM Gombak, Kumpulan Pendidikan Legenda Mantin, dan UNISEL Bestari Jaya.

Selain sesi ramah mesra, Sdr. Suhail (Presiden GPTD) turut berkongsi pengalaman beliau ketika berada di China.

Insya Allah, program ini dijangka akan melibatkan lebih banyak kampus pada Ramadhan tahun hadapan.

Semoga madrasah Ramadhan kali ini berjaya membentuk keperibadian kita sebagai Mukmin sejati.

Semarak Ramadhan : Jadual Pergerakan Pengerusi GPTD

Jelebu- 12 September 2009 / 22 Ramadhan 1430 - Berikut Jadual Program Semarak Ramadhan Pengerusi GPTD pada suku terakhir Ramadhan:

1.) 11 September / 21 Ramadhan (Jumaat):

Menyampaikan Tazkirah, Berbuka Puasa, Mengimamkan Tarawih di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) Kelana Jaya bersama Pelajar Fakulti Hospitaliti dan Pengurusan Pelancongan.

2.) 12 September / 22 Ramadhan (Sabtu):

Menyampaikan Tazkirah dan Berbuka Puasa di Masjid Bagan Pinang, Port Dickson dalam Program Penghayatan Ramadhan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bersama Y.B. Dato' Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

3.) 13 September / 23 Ramadhan (Ahad):

a.) Berforum Bersama al-Fadhil Ustaz Hasrizal Jamil di Masjid Bulat Petaling Jaya yang Bertajuk Program Remaja d Ramadhan:Munajat Kecermelangan Peperiksaan Anjuran Persatuan Pelajar Muslim Petaling Jaya (PPMPJ) jam 6.30 pagi (selepas Subuh).

b.) Berforum dalam Seminar Pengurusan Kepimpinan Rasulullah Bersama Ustaz Azhar bin Jaafar (Kolej IKIP) dan Saudar Abu Qassim bin (Naib Presiden PKPIM) di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kuantan.

4.) 14 September / 24 Ramadhan (Isnin):

a.) Lawatan ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Rembau.

b.) Menghadiri Muktamar ABIM Rembau dan Iktikaf di Masjid Durian Daun Rembau.

5.) 15 September / 25 Ramadhan (Selasa):

Mengiringi Presiden ABIM, Saudara Razak Idris Berbuka Puasa di Rumah Pemulihan Akhlak Remaja di Bukit Beruntung, Selangor Serta Menyampaikan Sumbangan.

6.) 16 September / 25 Ramadhan (Rabu):

Berbuka Puasa Bersama Mejar (B) Azlan Sharif (Aktivis Kemanusiaan Global Peace Mission (GPM) Malaysia) dan Berbincang Tentang Penubuhan Projek GPTD Nigeria.

Kepulangan Pelajar Tahfiz ke Pulau Kokos, Australia.

Sepang- 12 September 2009 / 22 Ramadhan 1430 - Pelajar tahfiz dari Pulau Kokos Australia dibawah tajaan sepenuhnya ABIM Negeri Sembilan dengan kerjasama Grup Penjejak Muda Tamadun Dunia (GPTD) telah pulang bercuti selama sebulan semalam bermula dari 11 September sehingga 8 Oktober 2009. kepulangan beliau ke Pulau Kokos Australia tersebut bertujuan untuk menguruskan urusan memperbaharui pasport dan juga mengambil kesempatan untuk bercuti sempena Aidil Fitri bersama keluarga di Pulau kokos yang mana pada tahun-tahun sebelum ini, ibu dan bapa beliau akan berkunjung ke Malaysia setiap kali ketibaan Eidul Fitri untuk meraikan ketibaan syawal bersama pelajar tersebut di sini.

Pelajar tersebut Muhd Azri Bin Des ketika ini berumur 14 tahun dan telah berada di Malaysia sejak dari tahun 2004 lagi. Kepulangan beliau ini merupakan kepulangan untuk sekian kalinya setelah 5 tahun menimba ilmu di Maahad Tahfiz Quran di Cheras dan kini di Pusat Tahfiz Al-Quran Al Jazari, Ampang, Selangor.

Menyedari akan kekurangan guru-guru agama terlatih di Pulau Kokos, ibu dan bapa pelajar tersebut mengambil inisiatif untuk membiayai kos perjalanan seorang yang mampu untuk menggalas tanggungjawab memantau perkembangan hafalan anak beliau tersebut selama tempoh bercuti ini. Ekoran dari itu, kepulangan beliau telah diiringi oleh seorang aktivis masyarakat dan juga merupakan seorang pendakwah bebas yang dikenali di Negeri sembilan iaitu Ustaz Mohd Khairil Anuar lulusan dari Universiti Al-Azhar Mesir dipertanggungjawabkan bagi memantau urusan hafalan pelajar tersebut. Selama tempoh 5 tahun ini, pelajar telah pun menghafal sebanyak 5 juzuk Al-Quran serta menguasai beberapa doa-doa dan amalan harian bagi seorang muslim.

Urusan kepulangan beliau ke tanah air sepenuhnya telah di uruskan oleh Saudara Mohd Kamarul Arifin yang merupakan aktivis GPTD pertama ke Pulau Kokos pada tahun 2004 yang lalu dan juga turut merupakan Setiausaha ABIM Negeri Sembilan.

Menyorot kembali sejarah dan kerja khidmat masyarakat oleh aktivis GPTD di bumi Pulau Kokos pada 2004 yang lalu serta tahun-tahun kebelakangan ini , masyarakat Melayu Islam di sana amat mengkagumi aktivis-aktivis GPTD kerana aktivis GPTD tersebut mampu untuk dijadikan contoh terbaik di kalangan anak-anak muda di sana di mana aktivis-aktivis GPTD yang pernah berkhidmat di pulau ini berjaya menonjolkan imej dan kualiti kepimpinan yang baik dan mampu untuk menyeimbangkan antara kehendak dunia dan keperluan akhirat bahkan penduduk Melayu Islam di pulau ini ini juga memuji sistem pendidikan di Malaysia yang memberikan keseimbangan pendidikan keduniaan dan pendidikan agama.

Menyedari keperluan untuk membina generasi muda Pulau Kokos yang mampu menjadi contoh terbaik, dan kepercayaan terhadap sistem pendidikan di Malaysia, GPTD telah mengusulkan agar perlunya anak jati Pulau kokos dihantar untuk menimba ilmu agama di Malaysia. Hasil cetusan minda tersebut maka kini telah pun ada seorang anak muda dari Pulau Kokos yang mengikuti pengajian Tahfiz Al-Quran sepenuh masa di Malaysia.

Friday, September 11, 2009

GPTD @ USIM & Koresponden GPTD di Republik Czech

Nilai- 9 September 2009 / 19 Ramadhan 1430 - Saudara Kamarul Arifin Mohd Wafa, Penyelaras GPTD USIM telah membuat pertemuan dengan dua grup GPTD USIM. Pertemuan diadakan bagi menyelaraskan gerak kerja grup agar berjalan lancar. Dua grup tersebut akan ke Syria untuk mengkaji ketokohan Saidina Umar Abdul Aziz, Khalifah Bani Umayyah manakala satu grup lagi akan ke Mahgribi untuk mengkaji ketokohan Ibn Khaldun, Bapa Sosiologi Dunia. Kedua-dua grup ini juga akan berusaha meningkatkan penguasaan bahasa Arab mereka kelak.

Saudara Kamarul berkongsi pengalaman bagaimana beliau menggerakkan sesuatu projek GPTD. Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah Pengerusi GPTD dan Penasihat Grup GPTD USIM iaitu Dr. Rumaizuddin Ghazali.

Sementara itu GPTD telah melantik saudari Siti Fatimah Zaharah Zulkapli sebagai koresponden GPTD di Republik Czech. Beliau baru sahaja berlepas ke sana untuk menyambung pelajaran beliau setelah tamat pengajian di Kolej Mara Banting. Beliau dijangka berkongsi pengalaman beliau belajar di sana, keadaan umat Islam dan kesan pengaruh agama Islam kelak melalui blog beliau di http://akumahutenang.blogspot.com/

Thursday, September 10, 2009

Semarak Ramadhan di UIAM

GOMBAK, 09 Sept.- Alhamdulillah, program Semarak Ramadhan telah dilangsungkan di UIAM Gombak anjuran bersama GPTD dan Unit Khidmat Komuniti (CENSERVE) UIAM Gombak.

Selain aktiviti berbuka puasa dan solat tarawih, program turut diisi dengan sesi pengenalan GPTD yang disampaikan oleh Pengerusi GPTD, Sdr. Jufitri Joha.

Program diteruskan lagi dengan sesi perkongsian pengalaman bersama Presiden GPTD, Muhammad Suhail Ahmad.


Sekalung penghargaan diucapkan kepada hadirin, urusetia dan pihak terlibat. Tidak lupa juga kepada CENSERVE atas kesudian bekerjasama dalam menjayakan majlis ini. Penyampaian cenderamata turut diberikan kepada wakil CENSERVE Saudara Ikhwan.

Program sempena Ramadhan akan diteruskan lagi dengan aktiviti ziarah dan buka puasa di Kumpulan Pendidikan Lagenda, Nilai dan Universiti Industri Selangor (UNISEL) Bestari Jaya.

Tuesday, September 08, 2009

Semarak Ramadhan 1430H


Assalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh

Saudara dan Saudari dijemput untuk menghadiri program Semarak Ramadhan 1430H anjuran GPTD dengan kerjasama CENSERVE UIAM.

Program ini bertujuan memperkenal dan memperkukuh pemahaman terhadap gerak kerja GPTD di samping memperkukuh ukhuwah para hadirin.

Adalah diharapkan anda dapat mengesahkan kehadiran lebih awal di sini.

Berikut merupakan maklumat ringkas program:

Tarikh : Rabu, 19 Ramadhan 1430 bersamaan 09 September 2009

Tempat : Dewan Kuliyah 4, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (LT4 IRKHS), UIAM Gombak

Anjuran : Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) dengan kerjasama Unit Khidmat Komuniti (CENSERVE) UIAM

Aturcara Program Semarak Ramadhan 1430H

06:00 petang
- Pendaftaran peserta

06:30 petang
- Sesi ramah mesra
- Bacaan Zikir al-Ma’thurat

07:30 malam
- Majlis berbuka puasa
- Solat Maghrib berjemaah

08:30 malam
- Solat Isyak berjemaah
- Solat Tarawih berjemaah

09:30 malam
Bicara Kembara:
GPTD - PENGENALAN & PENGALAMAN

“GPTD: Satu Pengenalan”
Sdr. Jufitri Joha

(Pengerusi Majlis Tertinggi GPTD)


“Dilema Muslim di China”
Sdr. Muhammad Suhail Ahmad

(Presiden GPTD)


Moderator:
Sdr. Mohd Shazni Abdullah (COMRADE UIAM)

10:30 malam
- Minum malam
- Bersurai

Wednesday, September 02, 2009

Portal Interaktif Komanwel

Cheras- 2 Julai 2009 / 12 Ramadhan 1430 - Pengerusi GPTD, saudara Jufitri menyertai perbincangan meja bulat mewujudkan portal interaktif negara Komanwel di pejabat Majlis Belia Malaysia (MBM). Saudara Jufitri telah mencadangkan kepada wakil Komanwel yang hadir dalam perbincangan tersebut agar di dalam portal interaktif yang bakal diwujudkan kelak dimasukkan juga peluang-peluang bersukarela di negara-negara Komanwel. Dengan adanya portal ini, pihak GPTD boleh melebarkan peluang-peluang bersukarela di 53 buah negara Komanwel terutamanya negara-negara miskin dan masih belum lagi diterokai oleh GPTD. Selain itu, portal ini menyajikan maklumat-maklumat berkaitan belia, biasiswa, perniagaan, pendidikan dan lain-lain yang berkaitan dengan negara Komanwel.

Nama GPTD dan ABIM telah dimasukkan dalam rangkaian portal yang bakal beroperasi kelak. Laman sawang Komanwel boleh diakses di http://www.thecommonwealth.org/

Tuesday, September 01, 2009

Pengerusi GPTD Di Sana Sini

Bangi- 29 Ogos 2009 / 8 Ramadhan 1430 - Pengerusi GPTD,saudara Jufitri bin Joha telah berpeluang menyampaikan Taklimat Pengenalan Mengenai ABIM dan GPTD di depan para pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam pelabagai bidang meliputi perubatan, farmasi, pergigian dan Syariah. Mereka telah berkampung selama seminggu untuk program orientasi anjuran Akademi Al-Quran-Medic Malaysia (http://www.quranmedic.my/). Mereka akan berangkat ke Mesir sebelum Hari Raya Puasa.



Terdahulu Pengerusi GPTD juga telah membuat kunjungan hormat kepada Puan Martinelli Hashim, Timbalan Pengarah Student Development Division (S-Dev) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk membincangkan kerjasama program antara GPTD dengan Censerve memandangkan GPTD telah mempunyai keahlian lebih seratus orang di UIA. Pihak S-Dev bersetuju bekerjasama dengan GPTD bagi membolehkan GPTD bergerak secara sah dalam kampus UIA tanpa menubuhkan kelab khusus GPTD. Ahli GPTD di UIA yang menyertai misi luar negara GPTD akan diberikan pointer yang akan dikira sebagai sebahagian kegiatan ko-kurikulum apabila tamat belajar kelak. Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah Encik Khairulzain;Penyelaras Censerve,saudara Abdul Hakim;Penolong Setiausaha Agung GPTD, saudari Ain Najwa;Bendahari GPTD, saudari Nornajihan;Exco GPTD dan wakil Intellectual Youth Club (IYC)

Pertemuan bersama Naib Presiden Antarabangsa ABIM

Segambut, 31 Ogos 2009 - Majlis Antarabangsa, Kemanusiaan dan Alam Sekitar ABIM telah mengadakan perjumpaan kali pertama pada 31 Ogos lalu di rumah Saudara Khairul Faiz Morat, Naib Presiden Antarabangsa. Secara umumnya, pertemuan ini adalah bagi membincangkan halatuju biro-biro yang berada dibawah Majlis tersebut.

GPTD telah diwakili oleh Saudara Hakim (Pen. Setiausaha) ke perjumpaan tersebut. GPTD juga telah diberi peluang untuk memberi penerangan tentang latar belakang dan gerak kerja kepada NPA yang baru. Insyallah perancangan seterusnya akan dirancang bagi memanfaatkan ahli-ahli GPTD dalam memberikan khidmat dalam Majlis ini.