Thursday, September 10, 2009

Semarak Ramadhan di UIAM

GOMBAK, 09 Sept.- Alhamdulillah, program Semarak Ramadhan telah dilangsungkan di UIAM Gombak anjuran bersama GPTD dan Unit Khidmat Komuniti (CENSERVE) UIAM Gombak.

Selain aktiviti berbuka puasa dan solat tarawih, program turut diisi dengan sesi pengenalan GPTD yang disampaikan oleh Pengerusi GPTD, Sdr. Jufitri Joha.

Program diteruskan lagi dengan sesi perkongsian pengalaman bersama Presiden GPTD, Muhammad Suhail Ahmad.


Sekalung penghargaan diucapkan kepada hadirin, urusetia dan pihak terlibat. Tidak lupa juga kepada CENSERVE atas kesudian bekerjasama dalam menjayakan majlis ini. Penyampaian cenderamata turut diberikan kepada wakil CENSERVE Saudara Ikhwan.

Program sempena Ramadhan akan diteruskan lagi dengan aktiviti ziarah dan buka puasa di Kumpulan Pendidikan Lagenda, Nilai dan Universiti Industri Selangor (UNISEL) Bestari Jaya.