Wednesday, November 04, 2009

Semoga Kamil Berjaya



GPTD dari peringkat kepemimpinan tinggi ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya kepada Sdr Mohd Kamil Bin Ab Halim, koresponden GPTD di Korea yang dicalonkan sebagai Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) 2009/2010.

Pencalonan ini juga adalah satu kejayaan yang harus dipuji kerana bukan mudah untuk dicalonkan dalam PPMK yang merupakan satu persatuan besar yang mewakili semua pelajar Malaysia di Korea yang berjumlah lebih 400 ahli.

Kami mendoakan agar kejayaan seterusnya dalam memenangi kerusi Presiden PPMK menjadi milik Sdr Kamil memandangkan komitmennya yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab dapat dilihat dari prestasinya dalam Pertubuhan Briged Bakti Negeri Kelantan (BBNK) dan GPTD Kelantan.

Sdr Kamil dalam siri kempennya telah menubuhkan satu laman blog untuk tatapan umum bawah gagasannya 'Penerus Tradisi, Menyempurna Misi'. Dia juga terkenal dengan laman blog peribadinya 'Voice of Jundumay' yang mendapat hit lawatan harian melebihi 1000 orang.