Thursday, December 31, 2009

Jom Gegar!!!

Di jemput kepada semua ahli dan bukan ahli GPTD untuk memeriahkan lagi hari keluarga GPTD. Sarapan disediakan. Ajak kawan-kawan gegar hari keluarga.

Kosova: Permata Islam di bumi Eropah

PENULIS berasa gembira dan bersemangat apabila pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Eropah Timur iaitu Kosova. Namun tiba sahaja di Lapangan Terbang Pristina, hati menjadi risau kerana khuatir payah untuk memasuki sebuah negara bekas komunis walaupun mempunyai surat jemputan rasmi dari pihak penganjur mesyuarat iaitu Persatuan Budaya dan Pendidikan (AKEA) Kosova...

Bacaan seterusnya di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1225&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_05.htm&arc=hive

Wednesday, December 30, 2009

GPTD UNISEL berlepas ke Padang

Sepang - Selasa, 29 Disember 2009/ 12 Muharam 1431 H - Seramai 12 orang telah selamat berlepas dari LCCT ke Padang, Sumatera Barat untuk Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka (XPDC HAMKA) dan misi bantuan kemanusiaan ke Maninjau, Sumatera Barat dari 29 Disember 2009 hingga 12 Januari 2010. Ekspedisi ini bertujuan untuk mengkaji pengkisahan sejarah kehidupan Buya Hamka serta mengadakan Khidmat Sosio-Pendidikan kepada pelajar Pesantran Buya Hamka dan masyarakat di sekitarnya. Selain daripada itu, XPDC ini juga bertujuan untuk membentuk sukarelawan muda yang bakal melakukan anjakan paradigma serta mendedahkan mereka dengan isu-isu serantau dan global dalam proses penjanaan minda yang positif dan cemerlang.

Program di terajui oleh GPTD UNISEL dengan kerjasama WADAH, ABIM, PKPIM dan GPM serta Pesantren Buya Hamka dan DDII di Indonesia.

Rombongan 12 orang diketuai oleh Izwan Suhadak Ishak, Pembantu Pensyarah di UNISEL yang juga Penasihat Grup Pengkaji Tamadun Dunia Universiti Industri Selangor (GPTD UNISEL). Turut serta ialah 7 orang pelajar UNISEL, 2 pelajar dari Sunway University College dan 2 orang aktivis PKPIM. Sebelum pergi mereka telah mengadakan induksi 7 hari bagi membina kumpulan dan memperincikan persiapan untuk ke sana. 4 hari berkampung di Sekretariat PKPIM di Gombak dan 4 hari lagi di Kompleks Dar al Hikmah, Sungai Ramal Dalam.

Mereka selamat tiba di Padang jam 8 pagi waktu tempatan Selasa 29 Disember 2009 dan disambut oleh wakil DDII. Rombongan meneruskan perjalanan ke Sg Limau, Pariaman untuk melihat kesan dan akibat gempa yang berlaku pada 30 September lalu. Di sana mereka bertemu dengan aktivis Pelajar Islam Indonesia (PII). Sebelah petang kembali ke Padang dan malamnya mengadakan dialog dengan aktivis pelajar di Islamic Centre dan Yayasan Amal Saleh, Padang.

Tuesday, December 29, 2009

Atlas Corps

Atlas Corps is a designated J-1 program that brings nonprofit leaders from around the world to the U.S. for a year of nonprofit training and development. After one year of volunteering in the U.S., the Fellows return to their home countries. Atlas Corps has been declared a "best practice" in international exchange by the Brookings Institution and is honored to have on its Senior Advisory Board distinguished individuals such as three-time U.S. Ambassador William Brownfield and former U.S. Senator Harris Wofford. It places nonprofit leaders at many of the best nonprofits in the world, such as Ashoka, Grameen Foundation, Oxfam and TechnoServe. Former Assistant Secretary for Consular Affairs, Maura Harty, who is now with the International Center for Missing and Exploited Children, has two of our Fellows placed at her organization and is looking for more to start in March. It has had 31 Fellows from 8 countries participate in our program, and we have a 100% approval rating on visas and 100% of our Fellows have returned to their home countries.

We are seeking nominations for rising leaders with 3-10 years of nonprofit experience, a college degree, and English proficiency. These individuals are a lot like the Department of State International Visitor Leadership Program (IVLP) candidates, but are often a little younger, and former travel to the U.S. is accepted. Atlas Corps is a fully funded fellowship; there is no cost to apply or participate. The fellowship is 12 months long and includes a rigorous training program and an on-the-job training placement. Any nonprofit leader may apply at atlascorps (dot) org. Last year it had 550 candidates from 67 countries apply for 13 positions.

The deadline for the next group is April. ABIM wish to nominate candidate.

http://www.atlascorps.org/

Monday, December 28, 2009

Pengerusi GPTD Mengunjungi Geneva

Geneva - 26 Disember 2009/9 Muharram 1430 - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD mengunjungi Geneva dalam kerangka mendapatkan gambaran isu menara, membina jaringan dan menziarahi Pusat Islam Geneva di bawah kendalian Dr. Hani Ramadan iaitu cucu kepada Imam Hasan al Banna. Saudara Jufitri telah berada di sana tiga hari dan berkesempatan juga bertemu Puan Hiswani Harun, Wakil Tetap Malaysia ke World Trade Organization (WTO) yang berpengkalan di Geneva. Ikuti tulisan dan catatan lanjut di http://gptd-spain.blogspot.com/.

Tuesday, December 22, 2009

GPTD Eropah

Glasgow - 21 Disember 2009/4 Muharram 1430 - Saudara Abdul Hadi Rahman Kuraish (Dublin) dan saudara Muhamed Ikram Tuan Mustapha (Sheffield) masing-masing telah dipilih sebagai Pengerusi dan Setiausaha GPTD Eropah dalam bengkel GPTD Eropah yang diadakan di Scotland baru-baru ini bersempena Perhimpunan Musim Sejuk anjuran MISG ABIK UK (http://misgabim.blogspot.com/). Beberapa program telah dirangka dan taklimat pertama bakal diadakan di Sheffield untuk memperkenalkan GPTD kepada para pelajar Malaysia di United Kingdom. GPTD Eropah juga bakal mempunyai blog yang tersendiri.

Jawatankuasa GPTD Eropah turut dikuatkan beberapa rakan lain seperti saudara Safwan (Newcastle), saudari Ain (Cook), saudari Fatimah (Czech), saudara Ashraf (Perancis) dan Izuddin (Glasgow).

Dalam perhimpunan tersebut, saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD turut membentangkan tajuk Young Generation and the Challenge of Modernity and Islamophobia bersama Mr. Javed, Pengarah Andalus Centre Glasgow (http://www.andalus.co.uk/). Ikuti isi pembentangan tajuk di atas oleh saudara Jufitri di http://gptd-spain.blogspot.com/

Monday, December 21, 2009

Presiden GPTD selamat diijabkabulkan


Gombak, 20hb Disember 2009 - Presiden GPTD Saudara Suhail telah diijabkabulkan dengan pasangannya Nur Nadzifa anak kepada pengasas GPTD iaitu Ahmad Azam. Majlis yang dimulakan dengan akad nikah dan diikuti majlis kenduri meraikan saudara mara dan sahabat-sahabat. Ramai tetamu yang hadir dari GPTD sendiri, ABIM, PKPIM dan sebagainya.

Kami semua di GPTD mengucapkan selamat pengantin baru kepada mempelai ini. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan menjadikan perkahwinan ini juga sebagai pemangkin untuk terus bekerja menyumbang kepada umat di seluruh alam.

Misi Rahmatan Lil 'Alamin..

Sunday, December 13, 2009

Federation of Student Islamic Socities' Winter Conference

Leeds - 14 Disember 2009/27 Zulhijjah 1430 - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD menghadiri Federation of Student Islamic Socities' Winter Conference bertempat di Leeds Metropolitan University. Saudara Jufitri sempat bertemu dengan beberapa 'key figure' dan beberapa pimpinan pelajar Islamic Society mewakili kampus-kampus universiti seluruh UK. Bacaan lanjut di http://gptd-spain.blogspot.com/

Saturday, December 12, 2009

RAYUAN DANA: XPDC HAMKA




RAYUAN DANA: MISI XPDC HAMKA KE MANINJAU, PADANG INDONESIA

Grup Pengkaji Tamadun Dunia Universiti Industri Selangor (GPTD UNISEL) akan menjalankan Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka (XPDC HAMKA) dan misi bantuan kemanusiaan ke Maninjau, Padang Indonesia pada 29 Disember 2009 hingga 12 Januari 2010. Seramai 8 orang aktivis GPTD UNISEL yang melibatkan diri dalam ekspedisi ini. Ekspedisi ini bertujuan untuk mengkaji pengkisahan sejarah kehidupan Buya Hamka serta mengadakan Khidmat Sosio-Pendidikan kepada pelajar Pesantran Buya Hamka dan masyarakat di sekitarnya. Selain daripada itu, XPDC ini juga bertujuan untuk membentuk sukarelawan muda yang bakal melakukan anjakan paradigma serta mendedahkan mereka dengan isu-isu serantau dan global dalam proses penjanaan minda yang positif dan cemerlang.

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah pengajaran bahasa Inggeris, matematik, komputer, dan juga khidmat kaunseling bagi membantu meningkatkan motivasi kepada mangsa gempa berikutan kejadian gempa bumi tempoh hari. Pemilihan kesemua aktivis ini berdasarkan beberapa fasa yang mengambil kira dari sudut kemantapan fizikal, emosi dan rohani. Persediaan untuk ke Maninjau, Padang Indonesia telah dilakukan dengan rapi yang mana semua aktivis diajar beberapa kemahiran dari segi bahasa, menjalankan kajian dan lawatan tokoh sebagai persediaan di Indonesia. Kesemua perbelanjaan XPDC HAMKA memerlukan jumlah sebanyak RM 5000.00 termasuk menyalurkan bantuan makanan, membuat kerja-kerja kajian dan menjalankan aktiviti. Kepada mereka yang ingin memberi sumbangan sama ada dalam bentuk wang atau material bolehlah menyalurkan sumbangan anda kepada :


1) Sumbangan wang tunai/cek:

GRUP PENGKAJI TAMADUN DUNIA UNISEL

Akaun Bank Ambank : 124-202-200155-5


2) Sumbangan material:

Alat tulis (pen, pensil, kertas, buku nota dll)


Untuk maklumat lanjut sila hubungi :


En. Izwan Suhadak Bin Ishak

Penasihat GPTD UNISEL

017-656 0102


Wan Ritini Bt Wan Ismail

Setiausaha

017-985 0942


Junaidah Bte Ismail

Pengarah Projek XPDC HAMKA

019-372 1338


GPTD UNISEL
Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP)
UNISEL Kampus Bestari Jaya,
45600 Bestari Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

· http://gptdunisel.blogspot.com/

· gptdunisel@gmail.com

· 010-246 0435

Lawatan ke North Benwell Youth Project

Newcastle - 12 Disember 2009/25 Zulhijjah 1430 - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah melawat North Benwell Youth Project selama dua jam dan disambut oleh Pengurus Projek, Mr. John Derisi. Dalam lawatan tersebut, saudara Jufitri telah menyatakan hasrat untuk mempelajari dua projek antarabangsa mereka di Poland dan Bulgaria sekaligus membina jaringan untuk GPTD di sana. Keterangan lanjut berkenaan North Benwell Youth Project boleh dilayari di http://www.cuf.org.uk/north_benwell.aspx

Friday, December 11, 2009

Poster 2 Kempen 1 Bulan 1 Adab

Poster kedua Kempen 1 Bulan 1 Adab (1B1A) telah dilancarkan pada hari ini. Sila dapatkan poster ini dengan klik pada poster di bawah.

Sama-sama kita hentikan tabiat MEMBUANG SAMPAH DARI KENDERAAN.

Selamat berkempen!


Sunday, December 06, 2009

International Volunteer Day

Durham-5 Disember 2009/18 Zulhijjah 1430 - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) telah mengisytiharkan 5 Disember setiap tahun sabagai Hari Sukarelawan Antarabangsa. Pada tahun ini tema sambutan adalah 'Volunteering for our Planet'. Ini berikutan UN memandang serius perubahan iklim global yang menuju ke arah pemanasan.

Bersempena Hari Sukarelawan Antarabangsa ini, saya mengambil kesempatan menyeru agar para aktivis GPTD sekalian terus komited dengan kerja-kerja kesukarelaan dan jadikan tema menyelamatkan bumi sebagai tema dan agenda utama dalam setiap program dan misi GPTD ke luar negara.

Pihak GPTD juga berusaha memanjangkan jaringannya dan berhasrat untuk membina jaringan dengan Agensi UN Volunteers berpusat di Bonn, Jerman dan berusaha mengaturkan pertemuan dan lawatan di sana InsyaAllah.

JUFITRI JOHA
Pengerusi GPTD

Wednesday, December 02, 2009

Ibadah Qurban 1430 H di Maninjau, Sumatera Barat

Maninjau- 30 November 2009 / 14 Zulhijjah 1430 - Di sebalik kedamaian dan ketenangan Danau Maninjau yang menyimpan seribu satu kenangan dan sejarah yang tidak terungkap, suatu gempa bumi berukuran 7.8 pada skala richter telah berlaku pada 30 September yang lalu. Gegaran yang dirasai oleh kira-kira 4000 ribu orang penduduk di empat kampung di Maninjau pada awal pagi itu telah diikuti dengan tanah gelongsor di 25 tempat apabila hujan turun dengan lebat pada sebelah petang. Jalan masuk untuk ke Pesantren Buya Hamka tidak dapat digunakan. Ada juga rumah-rumah yang dibawa arus tanah hingga ke dalam tasik dan tenggelam sepenuhnya.

Para pelajar Pesantren Buya Hamka bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri di masjid berdekatan. Daripada 45 rumah yang tidak lagi layak dihuni dan lebih 200 buah yang rosak, tidak ada satupun korban nyawa berlaku di Maninjau. Di kawasan bukit bukau di sekeliling tasik kelihatan bekas gelongsoran tanah yang agak ketara. Selain itu, telah berlaku runtuhan di sebuah bukit sepanjang satu kilometer mengakibatkan kemusnahan rumah dan jalanraya. Arus air yang di bawa oleh batu-batu dari atas bukit kini mengalir merentangi beberapa jalan menuju pesantren. Para pelajar Pesantren Buya Hamka kini berjumlah seramai 64 orang terpaksa tinggal di sebuah bangunan dua tingkat separa siap bersebelahan masjid. Pelajar lelaki seramai 30 orang ditempatkan di di bahagian bawah rumah berkeluasan 20 kaki persegi. Pada hari raya kedua, dua ekor lembu telah dikorbankan untuk diagihkan kepada masyarakat. Salah satunya dibuat di Masjid Raya dalam daerah Kukuban dan satu ekor lagi di berdekatan penempatan sementara Pesantren.

Selepas selesai acara Qurban, kami dibawa melihat tapak baru pesantren yang telah diwakafkan oleh masyarakat terletak kira-kira 15 kilometer dari tempat lama. Terletak di Desa Kubugadang, kawasan ini merupakan sebuah perkampungan pada asalnya. Disebabkan kedudukan yang agak jauh di atas bukit serta prasarana yang kurang baik, penduduknya telah berpindah ke kawasan yang lain. Terdapat beberapa buah rumah dan sebuah masjid yang tidak lagi digunakan. Lokasi ini mempunyai pemandangan yang cantik kerana kedudukannya yang menghadap danau. Apa yang diperlukan sekarang adalah akses jalanraya untuk sampai ke kawasan tersebut. Terdapat juga satu lagi kawasan alternatif bagi membangunkan pesantren sementara di daerah lain. Saudara Azhar, wakil dari Surau/Masjid Bukit Jelutong tiba pada tengahari 28 November 2009. Beliau telah mengambil masa hampir dua hari menggunakan jalan darat dan air untuk sampai ke Padang. Beliau akan melaksanakan kerja-kerja dokumentasi untuk baki dua ekor lembu pada hari Ahad.

Pesantren Buya Hamka telah menerima bantuan dari beberapa NGO tempatan. Antaranya Dompet Dhuafa’ Indonesia telah bermurah hati menyumbang 20 lokal darurat untuk dijadikan kelas sementara. Selain itu, Lembaga Manajemen Infaq (LMI) berpusat di Surabaya telah menghulurkan Rp50 juta selain bantuan untuk penternakan ikan yang akan menyusul.

Secara keseluruhan, gempa bumi yang berlaku di Maninjau telah memberi kesan yang mendalam kepada penduduk setempat. Kaum wanita dan kanak-kanak masih lagi tidur di dalam khemah kerana bimbang kejadian yang sama bakal berulang. Jalan-jalan yang terkambus dek runtuhan sudah dibersihkan dan yang terbelah dua disambung menggunakan batang kelapa. Peristiwa mengendong anak dengan berjalan kaki ke tengah danau di malam hari dalam keadaan hujan, perempuan tua yang keseorangan di rumah di samping suaminya yang cedera yang ditemui dua hari sesudah gempa merupakan sekelumit daripada ribuan kisah saksi-saksi musibah yang menggoncang bumi Maninjau dua bulan yang lalu.

MOHD SHAKIR FAHMI BIN FAKHRULRAZI
Sukarelawan GPM / Ahli Majlis Tertinggi GPTD


#GPTD UNISEL akan menghantar misi rasmi ke Maninjau sidikit masa lagi bagi meneruskan misi khidmat sosial sebelum ini dan membantu mangsa gempa bumi.