Tuesday, February 02, 2010

Pertemuan bersama Ustaz Amin (Misi ke Korea)

Shah Alam, 30hb Januari 2010 - Saudara Hakim (Pen. Setiausaha GPTD) bersama Saudara Kamil, (Koresponden GPTD di Korea) yang kebetulan balik bercuti di Malaysia telah membuat pertemuan bersama saudara Helmee (seorang penerbit rancangan televisyen) dan Ustaz Amin (penceramah bebas televisyen) yang akan membuat penggambaran tentang kehidupan muslim di Korea. Kami telah memberi taklimat serba sedikit tentang pengalaman kami semasa di Korea sebelum ini.

Insyallah mereka akan membuat pengambaran pada pertengahan bulan Februari ini. Seterusnya saudara Kamil akan membantu mereka setibanya mereka berada di sana untuk beberapa hari. Perancangannya mereka akan dibawa bertemu dengan penduduk korea yang pandai berbahasa melayu, pelajar-pelajar Malaysia di situ dan sebagainya.