Tuesday, March 09, 2010

Taklimat GPTD di Glasgow




Pengerusi GPTD, saudara Jufitri Joha telah mengunjungi Glasgow, Scotland memenuhi undangan ceramah Maulid Nabi anjuran Komuniti Malaysia Glasgow. Selain itu beliau turut menyampaikan taklimat GPTD dan Program Rekreasi Ilmu (PRI) GPTD yang bakal berlangsung April ini. Beliau juga turut berbincang bagi penubuhan GPTD Scotland secara rasmi bersama saudara Khairul Arifin Mohd Munir, Penasihat GPTD Eropah, saudara Khasafiq dan saudara Muhsin.

Pada sebelah malamnya beliau turut berkesempatan menghadiri kuliah pengajian kitab The Seventy-Seven Branches of Faith, Imam al-Bayhaqi yang disampaikan oleh Sheikh Abdal Aziz Federick. Sejurus selepas kuliah beliau berkesempatan berkenalan dan beramah mesra bersama Sheikh Abdal Aziz.