Sunday, May 09, 2010

Persidangan Chevening


Bath, United Kingdom, 30 April/15 Jamadilawal - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD menghadiri Persidangan Pemegang Biasiswa Chevening Kerajaan Britain.

Di forum yang turut dianjurkan bersama Pejabat Luar Komanwel (FCO) tersebut , saudara Jufitri sempat bertemu dengan pemegang biasiswa Chevening yang datang dari seluruh dunia yang belajar di UK terutamanya dari Amerika Latin dan kesempatan ini digunakan bagi membina rangkaian networking. Perbincangannya amat baik dan saudara Jufitri berpeluang berinteraksi, berdebat, bertukar idea dalam pelbagai isu yang dibincang dalam persidangan sehari tersebut merangkumi alam sekitar, politik, ekonomi, perusahaan, teknologi, cabaran Asia dan peranan alumni Chevening.

Dalam bengkel perbincangan yang dipanggil 'Barcamp', berdasarkan pengalaman dalam GPTD, saudara Jufitri mencadangkan 'Youth Exchange dan Internship' sebagai usaha penerus selepas habis belajar di UK agar jaringan yang terbina berterusan dan bermanfaat. Diharap jaringan dan program pertukaran belia boleh dimanfaatkan sebaiknya oleh GPTD melalui jaringan yang amat strategik ini. Perbincangan lanjut boleh diperolehi di http://www.openinnovate.co.uk/cheveningforum/

Pemegang biasiswa Chevening Kerajaan Britain merupakan individu terpilih dan berpengaruh di negara masing-masing yang datang daripada pelbagai latarbelakang dan profesyen merangkumi pegawai kerajaan, peguam, guru, aktivis Ngo, wartawan dan lain-lain.