Thursday, June 10, 2010

Pertemuan Bersama Pengasas GPTD & Koresponden GPTD di Turki


Istanbul, 3 Jun / 20 Jamadilakhir - Satu pertemuan tidak rasmi berlangsung antara Encik Ahmad Azam Abdul Rahman (Pengasas GPTD) bersama saudara Jufitri Joha (Pengerusi GPTD) dan saudara Faiz (Koresponden GPTD di Turki). Pertemuan tidak rasmi membincangkan perkembangan GPTD dan juga perkembangan saudara Faiz di Turki.

Antara yang dicadangkan dalam perbincangan ini adalah menganjurkan lawatan aktivis GPTD ke Turki pada 2011 bagi mempelajari sejarah Turki Uthmaniyyah, perjuangan Imam Said Nursi dan Rasail an-Nur serta ketokohan Sultan Muhammad al-Fateh dan Maulana Jalaluddin ar-Rumi. Di samping itu membina hubungan strategik bersama Yayasan Hayrat.

Saudara Jufitri adalah dalam kerangka mengikuti Simposium Imam Said Nursi di Konya bersama rombongan Malaysia yang diketuai Encik Ahmad Azam.