Sunday, July 11, 2010

Himpunan Relawan 2010 Meriah

Kuala Lumpur, 10 Julai 2010 - Himpunan Relawan 2010 telah berjaya dijalankan di Masjid Asy Syakirin, KLCC. Seramai 60 orang peserta telah hadir di program tersebut. Program di mulakan dengan ucapan dari Setiusaha Agung ABIM dan seterusnya taklimat ringkas tengtang GPTD oleh Saudara Suhail, Presiden GPTD. Sedikit persembahan multimedia tengtang grup tokoh dan ucapan peransang oleh Pengasas GPTD, En. Ahmad Azam. Selepas itu setiap peserta telah dibahagikan mengikut grup tokoh yang mereka minati.

Alhamdulillah segala perancangan program tersebut dapat dijalankan dengan lancar. Kami dari pihak urusetia GPTD memohon maaf kepada semua peserta HR2010 jika ada kekurangan di dalam program tersebut. Terima kasih tidak terhingga kepada anda semua yang menceriakan HR2010 ini.

"We Love U all"