Sunday, August 22, 2010

BENGKEL KEMAHIRAN INTERPERSONAL & INTRAPERSONAL





Taman Cemerlang -21 OGOS 2010 / 11 RAMADHAN - GPTD sekali lagi mengorak langkah bergaya dengan menjayakan satu bengkel yang cukup menarik. Bengkel yang dinamakan kemahiran interpersonal dan intrapersonal ini mampu mencungkil bakat ahli GPTD untuk bersedia dalam kerja khidmat sosial di lapangan nanti.



Kehadiran dua personaliti yang hebat di bidang penyiaran iaitu Saudara Nizal Mohamad, bekas pengacara MHI TV3 dan Saudara Syed Munawar pengacara Di Luar Lingkungan TV1 cukup untuk membuka minda dan menambahkan lagi ilmu kemanusiaan ini.



Program yang berlangsung selama satu hari itu diharap dapat memberikan manfaat kepada semua peserta yang datang, jauh dan dekat. Terima kasih diucapkan kepada urusetia yang terlibat. Pimpinan GPTD yang banyak membantu.

Akhir kalam. Semoga perjuangan Misi Rahmatan lil Alamin ini sentiasa diberkati. Takbir!!!