Monday, January 10, 2011

GPTD dijemput ke IPG


Lembah Pantai, 7 Januari 2011 - Satu taklimat khas mengenai Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Global Peace Mission (GPM) telah diadakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) bertempat di sini atas jemputan pihak penganjur.

Presiden GPTD selaku Pengurus Operasi Kemanusiaan GPM telah menyampaikan taklimat khas berkenaan GPM mengenai penglibatan anggota masyarakat dalam pembangunan komuniti.



Taklimat bertajuk 'Penggerak Komuniti' kemudiannya telah disambut baik dengan pelbagai soalan dilontarkan kepada beliau. Dalam sesi soal jawab itu, salah seorang pelajar telah meminta penjelasan lanjut berkenaan GPTD kerana dia telah mengikutinya secara maya dalam laman blog ini.

Penerangan ringkas mengenai GPTD dalam sesi tersebut telah menarik perhatian pihak Hal Ehwal Pelajar IPG untuk meneruskan lagi siri-siri perbincangan berkaitan keterlibatan para pelajar dalam aktiviti bersama komuniti.

Pihak IPG sedar akan kepentingan bakal guru yang sedang mengikuti pengajian di IPG untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukarelawan sebagai satu nilai tambah yang perlu bagi memastikan hubungan sosial antara guru dan masyarakat dapat dijana dengan baik.



Oleh itu, GPTD sangat berbesar hati untuk menerima pelawaan seumpama ini bagi melahirkan lebih ramai sukarelawan sosial bagi membantu pengupayaan masyarakat dalam membina modal insan.

Kepada mana-mana institusi pendidikan yang berminat, kami amat mengalu-alukan tawaran untuk memberi taklimat/ceramah dan bengkel bagi membimbing sukarelawan-sukarelawan baru.

0 comments: