Sunday, January 30, 2011

KEMBARA PPIK @ GPTD

GOMBAK, 30 Januari 2011. Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia (GPTD) berbesar hati menerima kunjungan hormat adik-adik dari Persatuan Pelajar Islam Kelantan dan juga Besut. Kehadiran mereka disambut oleh Saudara Mohd Shazni Abdullah, Timbalan Presiden GPTD di Dewan Pusat Pembangunan Belia Islam, Taman Cemerlang.


Rombongan Persatuan Pelajar Islam Kelantan dan Besut sebenarnya dalam rangka lawatan ke university-universiti sekitar Lembah Klang.


Kesempatan selama hampir 3 jam itu diisi sepenuhnya oleh saudara Mohd Shazni mengenai pengenalan GPTD, perkongsian pengalaman dan juga beramah mesra bersama peserta.

Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan untuk GPTD bangkit dan menyebarkan misi Rahmatan lil Alamin di kawasan Pantai Timur. InsyaAllah.


0 comments: