Thursday, March 10, 2011

GPTD di Institut Pendidikan Guru Lembah Pantai.



10 Mac 2011-Lembah Pantai- Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD)terus mendapat perhatian pihak-pihak yang berminat mengembangkan lagi pengaruh Islam di dunia. Kali ini GPTD telah membuat lawatan susulan daripada jemputan ceramah oleh Saudara Suhail, Presiden GPTD bulan lalu.

Institut Pendidikan Guru (IPG) di Lembah Pantai menjadi saksi pertemuan antara aktivis-aktivis GPTD bersama pihak IPG tersebut.Saudara Mohd Shazni, Abdul Hakim dan Saudara Huzaifah meluangkan masa hampir satu jam bersama Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Tuan Haji Ismail Bin Zaini, bagi membincangkan kerjasama antara GPTD dan IPG. Turut sama dalam sesi perbincangan tersebut ialah dua orang pelajar IPG sendiri yang sangat berminat untuk bekerjasama bersama GPTD. Mereka ialah saudara Iqbal dan juga saudara Aizat, pelajar TESL yang baru pulang dari luar negara untuk program bekembar IPG.

Beberapa persetujuan disimpulkan pada petang itu termasuklah pengenalan khas GPTD, seminar tokoh dan beberapa isu generasi pelajar masa kini.

Pihak GPTD sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak IPG dan berharap hubungan dua hala ini terus berkekalan dalam mengembangkan lagi misi Rahmatan lil Alamin.

0 comments: