Monday, March 21, 2011

Kuliah Inspirasi Tokoh Cheng Ho Meriah


19 Mac 2011, Taman Melati – Kuliah Inspirasi Tokoh Siri 1 yang bertajuk Keislaman Laksamana Cheng Ho Sejarah yang Disembunyikan telah diadakan di Dewan Masjid Salahudin Ayubi, Taman Melati sempena Gerakan Kempen Kesedaran Ijtima’I (GKKI). Kuliah yang telah menghimpunkan peserta lebih dari 40 orang telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Presiden GPTD, Saudara Suhail telah menerangkan serba sedikit tentang gerak kerja yang dijalankan oleh Grup Cheng Ho yang mana projek luar Negara yang akan dilakukan oleh ahli Grup Cheng Ho adalah untuk menjejak secara langsung tentang Laksamana Cheng Ho. Selepas itu diikuti oleh kuliah yang disampaikan penceramah yang tidak asing lagi iaitu Ann Wan Seng, Setiausaha Kehormat Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Beliau juga banyak menulis buku tentang sejarah hidup Laksamana Cheng Ho. Hasil daripada peyampaian beliau sedikit sebanyak memberikan gambaran tentang keislaman Cheng Ho.

0 comments: