Monday, December 05, 2011

Mesyuarat Agung Tahunan Pertama GPTD 2011


Ucapan daripada pengasas GPTD; Tn. Hj. Ahmad Azam

Alhamdulillah, pada hari Sabtu tanggal 3 Disember 2011 telah pun berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) yang pertama Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD). Walaupun GPTD telah lebih sepuluh tahun wujud di arena dunia relawan secara glokal (baca: global dan lokal), namun inilah kali pertama MAT diadakan.

Barisan 'orang GPTD' yang hadir

Mungkin ada yang tertanya, mengapa setelah SEPULUH tahun berlalu, ini baru MAT yang pertama GPTD? Untuk pengetahuan, GPTD baru berdaftar di bawah Registrar Office Youth Societies (ROY) Malaysia pada tahun ini dan setiap kelab yang berdaftar di bawah ROY wajib menjalankan MAT setiap tahun. Objektif pendaftaran GPTD di bawah ROY adalah untuk memastikan kepimpinan GPTD lebih tersusun dan sistematik agar 'orang-orang' GPTD dapat mengekspresi idea melalui karya-karya yang lebih kreatif.

Ucapan aluan oleh pengerusi majlis, Saudara Jufitri Joha

Sebelum MAT berlangsung, pengasas GPTD; Tn. Hj. Ahmad Azam menyampaikan amanat beliau kepada relawan GPTD yang hadir, diikuti dengan ucapan aluan, sejarah dan hala tuju GPTD oleh Saudara Jufitri Joha. Kemudiannya diikuti dengan gimik perlantikan ahli jawatankuasa tertinggi untuk sesi 2011/2013.


Usai gimik, majlis diteruskan dengan ucapan dan pembentangan program yang telah dijalankan kan sepanjang tahun 2010-2011 oleh Presiden GPTD, Saudara Muhammad Suhai bin Ahmad. Beliau memetik kata-kata George S. Patton menjadi pembakar semangat; "Accept the challenges, so that you may feel the exhilaration of victory". Sebelum majlis digulung dan pengesahan perlantikan diteruskan, majlis dibuka untuk sesi ucapan dan lontaran idea wakil-wakil ahli jawatankuasa dan perwakilan.

Prof. Dr. Awang Sarian mengupas ketamadunan dari sudut pandang ilmiah

Usai MAT GPTD, pada sesi petangnya disambung dengan Wacana Ketamadunan Prof. Dr. Awang Sarian. Tajuk wacana beliau adalah "Memupuk Persefahaman Ketamadunan Melalui Bidang Ilmiah." Walaupun pada awal sesi wacana isinya kelihatan agak berat, namun Prof. berjaya menarik perhatian ahli dewan dengan mengemukakan contoh yang lebih ringan untuk difahami.

Alhamdulillah keseluruhan program berjalan dengan lancar. InsyaAllah kita akan bertemu lagi untuk MAT GPTD tahun hadapan. Ameen.

p/s: Tahniah & takziah diucapkan kepada kepimpinan baru yang telah dilantik. Semoga dapat melaksanakan amanat Misi Rahmatan Lil 'Alamin ke seluruh alam. Tidak lupa juga tahniah kepada semua urusetia MAT GPTD kali ini dalam memastikan program berjalan dengan lancar sekali.

1 comments:

Anonymous said...

Tahniah GTPD! Moga sukses selalu dgn struktur perjuangan yg mantap, insyaAllah.
-Abg Dino