Friday, August 24, 2012

Misi Dakwah di Pulau Cocos

21 Ogos 2012, Cocos Island, Australia - Sukarelawan GPTD- ABIM Saudara Mohd Shazni Abdullah, sedang bertugas di Pulau Cocos, Australia dalam misi menyampaikan dakwah di sana. Beliau yang dijangka berada di sana dalam tempoh beberapa bulan ini telah diberi kesempatan untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama penduduk melayu di sana. Antaranya seperti imam taraweh, khatib jumaat dan aidilfitri, mengajar Al-Quran dan juga fardhu ain kepada semua lapisan masyarakat.
 
Pulau Cocos didiami oleh masyarakat melayu hampir 500 orang sahaja. Mereka sudah tinggal di pulau tersebut sejak berpuluh-puluh tahun dahulu.

Pengetahuan Islam dan sistem pendidikan Islam yang tidak ada secara rasmi menyebabkan kebanyakan golongan belia di sini tidak dapat beramal dengan sempurna.

Kesempatan yang ada ini GPTD-ABIM mengambil peluang untuk berkongsi sedikit ilmu untuk disebarkan di sana.

Semoga kerja dakwah ini akan terus berkekalan untuk semua.

Catatan boleh juga boleh diikuti dengan melawat blog mohdshazni.com

0 comments: