Tuesday, February 26, 2013

Pertemuan bersama tokoh guru

21 Februari 2013, Seremban - Satu pertemuan telah diadakan antara pimpinan GPTD dan tokoh pendidik iaitu Cikgu Anisah Abdullah dan Cikgu Norizan dalam merangka untuk membuat program-program turun sekolah. Antara program yang telah diperbincangkan adalah program memupuk minat membaca di kalangan pelajar. Kami sangat bertuah kerana bertemu dengan guru-guru ini kerana mereka sangat menyokong dan memberi pengisian untuk pembangunan modul membaca yang berkesan.

GPTD juga ditawarkan untuk memberi dan membantu pelajar dalam menganjurkan program yang bersifat khidmat komuniti di luar negara terutamanya pelajar bersekolah berasrama penuh. Ini kerana di dalam mendapatkan status Sekolah Berperestasi Tinggi (SBT) mereka perlu menganjurkan sekurang-kurangnya 2 program ke luar negara.

Tuesday, February 19, 2013

Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 GPTD Meriah

17 Februari 2013, Kuala Lumpur - Alhamdulillah GPTD telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-2 yang bertempat di Dewan Mawar, Perpustakaan Kuala Lumpur. Antara usul yang telah ditekankan dalam mesyuarat tersebut ialah fokus penulisan. Ramai relawan GPTD telah melakukan misi di luar negara tetapi masih belum mempunyai penulisan seperti artikel, majalah atau buku. Oleh itu fokus tahun ini memberikan latihan kepada relawan untuk menghasilkan sebuah penulisan hasil misi-misi mereka yang telah dilaksanakan. Selain itu usul untuk memperbaiki sistem kerja GPTD melibatkan sistem pejabat dan keahlian. Ini kerana ramai ahli yang telah berdaftar tetapi masih tidak dapat dibuat tindakan susulan yang baik. Insyallah dengan adanya sistem ini sedikit sebanyak dapat membantu melancarkan gerak kerja GPTD yang lebih terancang.

Sebelah petangnya pula telah diadakan sesi perkongsian pengalaman melibatkan dua grup yang telah menjalankan misi di Indonesia iaitu Grup Ibn Battutah dan Grup Wali Songo. Setiap grup telah membentangakan projek yang telah dijalankan di sana serta perancangan akan datang yang boleh dilakukan. Terdahulu grup Ibn Battutah telah menyambung siri menjejak pelayaran Ibn Battutah sendiri termasuk menjejak tokoh-tokoh Nusantara yang berada di kawasan sekitarnya. Grup Wali Songo pula meneruskan misi penubuhan perpustakaan psanteren di Cirebon serta menjejak kesan Wali Songo.

Thursday, February 14, 2013

Jemputan Perkongsian Pengalaman

Sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 GPTD membawakan Siri Perkongsian Pengalaman bersama relawan yang baru menyelesaikan misi di Indonesia. Peluang kepada anda untuk mengenali projek yang mereka laksanakan di sana. Tempat terhad. Untuk mendaftar sila sms [NAMA] [INSTITUSI] [NEGERI] ke 017-6665958 (Hakim).