Sunday, October 13, 2013

Projek Pembangunan Muallaf di Sabah

13 Oktober 2013, Ranau, Sabah - Beberapa orang relawan GPTD telah menjalankan projek Pembangunan Muallaf di Kg Sumbilingun, Ranau, Sabah selama 3 hari bermula pada 11 -13 Oktober 2013. Beberapa projek susulan telah dilancarkan iaitu pembinaan mini perpustakaan bagi masyarakat di kampung tersebut. Sumbangan buku juga banyak diterima daripada penyumbang-penyumbang yang budiman.

Seterusnya relawan GPTD akan bergerak ke Kg Pandiwan, Nabawan untuk sama-sama menyambut hari raya aidiladha serta menjalankan beberapa program bersama penduduk kampung dari 14-16 Oktober 2013.