Wednesday, February 26, 2014

GPTD di UNISZA


18 Februari 2014, Gong Badak - GPTD telah dijemput untuk berkongsi kisah Ahmad Ammar oleh Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) UNISZA bersempena Karnival Mahasiswa Islam (KAMI) pada 17 Februari 2014. Majlis yang meriah dengan kehadiran penuh dewan.



Selesai program tersebut perbincangan bersama Dekan Fakulti Pengajian Islam dan wakil pimpinan PMKI bagi menyatakan hasrat sekiranya sudi untuk menjadi hos GPTD Jelajah Malayisa peringkat negeri Terengganu. Alhamdulillah hasil perbincangan tersebut mereka sudi untuk membantu melancarkan GPTD Jelajah Malaysia di Terengganu. Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

GPTD Jelajah Malaysia 2014 telah bermula


17 Februari 2014, Shah Alam - Alhamdulillah GPTD Jelajah Malaysia 2014 telah memulakan jelajahnya yang pertama pada 15 Februari 2014 di UIAM. Himpunan Relawan (HR) diselitkan bersama dalam siri jelajah tersebut memberi penerangan dan taklimat tentang GPTD yang lebih mendalam kepada ahli-ahli baru. UIAM menjadi lokasi pertama kerana sambuatan yang luar biasa ketika program Ammar yang dijalankan sebelum itu. Disamping HR berlangsung program diikuti dengan pelancaran Buku Ahmad Ammar Satu Kematian Yang Hidup dirasmikan oleh pengarang buku tersebut iaitu Mejar Mohamad Qayyum A. Badaruddin.



Jelajah seterusnya yang dijalankan pada keesokkan harinya bertempat di Auditorium Karangkraf, Shah Alam menumpukan ahli-ahli sekitar Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Majlis dimulakan dengan perasmian buku Cerita Cinta Ahmad Ammar oleh CEO Krangkraf sendiri Dato' (Dr) Hussamuddin bin Hj. Yaacob bersama-sama Pengasas GPTD, Tn Hj Ahmad Azam Ab Rahman dan penulis-penulis yang menyumbang dalam buku tersebut.  Di majlis tersebut watikah perlantikan sebagai penasihat GPTD telah diserahkan kepada Dato' oleh Presiden GPTD, Muhammad Suhail Ahmad. Selepas itu program diteruskan dengan himpunan relawan kepada ahli-ahli baru.


Insyallah jelajah akan diteruskan selepas ini ke negeri-negeri seluruh Malaysia. Untuk tarikh yang terdekat GPTD akan jelajah ke Negeri Sembilan pada 8 Mac 2014 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan.

Tuesday, February 11, 2014

Majlis Pelancaran Buku Ammar sempena Himpunan Relawan Lembah Klang

Berita baik buat warga UIAM & Lembah Klang (KL/Selangor/Putrajaya)
=============================
GPTD akan mengadakan Majlis Pelancaran Buku Ammar sempena Himpunan Relawan di dalam siri GPTD Jelajah Malaysia bermula di Lembah Klang. Butiran program seperti berikut:-

Majlis Pelancaran Buku "Ahmad Ammar Suatu Kematian yang Hidup" & Himpunan Relawan Khas UIAM
Tarikh: 15hb Februari 2014
Masa: 9.00 pagi
Tempat: UIAM, Gombak, KL

Majlis Pelancaran Buku "Cerita Cinta Ahmad Ammar" & Himpunan Relawan peringkat Lembah Klang
Tarikh: 16hb Februari 2014
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Auditorium Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

*Perhatian kepada mereka yang akan hadir di peringkat Lembah Klang mohon isi borang kehadiran untuk tujuan semakan keahlian online dengan klik link berikuthttp://bit.ly/kehadiranHR

Thursday, February 06, 2014

Jom ke Diskusi Obat Hati (DOH)