Thursday, March 13, 2014

Himpunan Relawan @ Negeri Sembilan Selesai

8 Mac 2014, Paroi - GPTD telah meneruskan Jelajah Malaysia 2014 kali ini ke Negeri Sembilan. Program yang diadakan di Kompleks Belia & Sukan (KOMBES) Paroi, Negeri Sembilan telah mendapat kerjasama daripada Pejabat Belia & Sukan daerah Seremban & Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sembilan.

Program dimulakan dengan sesi bedah buku Ahmad Ammar oleh Sdr Muhammad Suhail, Presiden GPTD menerangkan serba sedikit tentang kisah hidup Ahmad Ammar dan isi yang paling ditekankan ialah peribadi & sikap baiknya yang boleh kita contohi. Selepas itu program diteruskan dengan ucapan perasmian oleh En Mohamad Rosdi Mahmod, Pegawai Jabatan Belia & Sukan daerah Seremban. Beliau turut menekankan aspek kepentingan kesukarelawanan dalam diri belia.


Selesai perasmian program disusuli dengan sesi Himpunan Relawan yang memberikan penerangan lebih jelas tentang GPTD kepada peserta yang hadir pada hari tersebut. Alhamdulillah dalam himpunan tersebut perbincangan Diskusi Grup (DG) telah dijalankan bersama ketua mentor bagi Negeri Sembilan iaitu Sdr Kamarul Ariffin Wafa.



Pihak GPTD mengucapkan selamat datang ke GPTD kepada semua ahli yang telah berdaftar dan mendapatkan pasport keahlian peringkat Negeri Sembilan. GPTD juga merakamkan jutaan penghargaan kepada semua pihak & penaja yang menjayakan program ini.

GPTD masih lagi membuka peluang kepada pihak & penaja yang bermiant untuk menaja GPTD Jelajah Malaysia ke negeri-negeri yang lain. Maklumat lanjut boleh hubungi sekretariat di 0178966649.

0 comments: