Friday, August 28, 2015

Wacana Tariq Bin Ziyad, Pembukaan dan Ketamadunan Andalusia



22 Ogos 2015, Dewan Bahasa dan Pustaka - Diskusi Grup (DG) Ipoh dengan kerjasama GPTD dan Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan satu siri wacana bertajuk TARIQ BIN ZIYAD, PEMBUKAAN DAN KETAMADUNAN ANDALUSIA.



Wacana yang dianjurkan oleh DG Ipoh ini merupakan salah satu gerak kerja dalam melengkapkan misi mereka ke Sepanyol pada bulan Jun 2016. Wacana ini menampilkan 3 orang ahli panel yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Panel pertama, Ustaz Rosli Mokhtar merupakan pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menyampaikan topik bertajuk Keperibadian dan Ketokohan Tariq Bin Ziyad. Ustaz Mohd Fikri Bin Che Hussain pula yang banyak menulis buku berkaitan bab hadis, fiqh dan sejarah Islam menyampaikan topik bertajuk Polemik dan Pembukaan Andalusia. Dari Tebing Gibraltar ke Puncak Keemasan Kordoba pula merupakan tajuk En. Aidil Adha Bin Sulaiman yang sedang dalam proses menulis buku bertajuk “Dari Andalusia ke Amerika – Menjejaki Penerokaan Umat Islam ke Benua Amerika Sebelum Christopher Columbus”.


Wacana ini dihadiri oleh ahli-ahli GPTD dan orang awam dari pelbagai latar belakang. Seramai lebih 50 orang yang hadir bagi mendengar, memahami dan bertanyakan soalan kepada panel-panel yang berkongsi pelbagai maklumat menarik berkenaan Tariq Bin Ziyad.



Selepas wacana berakhir, DG Ipoh turut mengambil peluang melancarkan misi mereka ke Sepanyol; EKSPLORASI MENJEJAK TARIQ BIN ZIYAD, MEMBANGUN PERADABAN YANG HILANG. Pelancaran misi mereka telah disempurkan oleh Pengerusi GPTD, RC Muhammad Suhail Ahmad diiringi Presiden GPTD, RT Abdul Hakim Shahbuddin dan wakil DG Ipoh. Didoakan semoga misi mereka ini dipermudahkan & mendapat hasil yang bermanfaat untuk diri, keluarga dan masyarakat.



Tahniah diucapkan!
Untuk muat turun kertas kerja wacana, KLIK SINI


MNA

0 comments: