Monday, April 18, 2016

Kem Relawan Sosio-Sejarah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Tuan/Cik/Puan,

Merujuk kepada perkara diatas, GPTD dengan berbesar hati ingin menjemput Tuan/Cik Puan ke Kem Relawan Sosio-Sejarah seperti berikut:

Program  : Kem Relawan Sosio-Sejarah (KRISS)
Tarikh : 29 April 2016 - 1 Mei 2016
Tempat : Institut Sosial Malaysia (ISM), Kuala Lumpur
Yuran : RM50


AKAUN PEMBAYARAN  : 
CIMB, GPTD MANAGEMENT AND SERVICES
8006926094





Untuk makluman Tuan/Cik/Puan, kem ini dianjurkan khusus kepada relawan GPTD yang telah menjalankan misi ke luar negara dan mendapat pangkat Relawan Asas (RA). Fokus kem ini adalah bertujuan untuk memberi persedian awal kepada relawan untuk menjalankan misi-misi strategik ke luar negara.

Bagi relawan yang telah mengesahkan kehadiran, sila berdaftar dan membuat pembayaran selewat-lewatnya pada 20 April 2016 (Rabu).
Segala kerjasama dan perhatian dari pihak Tuan/Cik Puan amat kami hargai.


Sila klik pautan di bawah untuk mendaftar :


Sekiranya pasport keahlian anda telah tamat tempoh, anda berpeluang untuk memperbaharui pasport keahlian sepanjang program berlangsung dengan bayaran minima sebanyak RM20 setahun.

Sekiranya Tuan/Cik/Puan mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi saudara Azim melalui talian rasmi GPTD di 017-896 6649.

Sekian, terima kasih.