Penerangan

Siapa yang boleh menyertai GPTD?

GPTD memberi fokus kepada sektor sejarah dan kajian tamadun. Semua orang tidak kira bangsa dan agama boleh menyertai GPTD. Namun, untuk menjadi ahli GPTD, anda haruslah berusia diantara 15 tahun hingga 40 tahun. Sekiranya anda berumur kurang atau lebih dari had umur yang ditetapkan, anda hanya boleh menyertai program-program yang dianjurkan oleh GPTD.

Bagaimana anda ingin mendaftar?

Proses pendaftaran untuk menjadi ahli GPTD akan melalui beberapa peringkat.

  • Pra-Daftar
Pra-daftar dilakukan secara percuma. Namun, anda belum mendapat nombor ahli & hanya mendapat makluman aktiviti terkini GPTD melalui e-mel.

  • Sesi Pengenalan GPTD

Setiap orang yang membuat pra-daftar perlu mendengar Sesi Pengenalan ini samada secara online atau boleh datang terus ke pejabat GPTD. Sesi Pengenalan ini penting kerana anda akan dapat mengetahui dengan lebih jelas berkenaan GPTD, sistem-sistem yang dijalankan oleh GPTD. Di akhir sesi ini, anda perlu memilih program relawan yang ditawarkan oleh GPTD, sama ada PROGRAM RELAWAN BEBAS atau PROGRAM LATIHAN RELAWAN.

  • Pasport Keahlian

Pasport Keahlian bersama-sama dengan nombor ahli anda akan diberikan setelah anda memilih untuk mengikuti PROGRAM RELAWAN BEBAS atau PROGRAM LATIHAN RELAWAN.